"As you move on, remember me, remember us and all we used to be I've seen you cry, I've seen you smile. I've watched you sleeping for a while - ZH"
Showing posts with label Lucy. Show all posts
Showing posts with label Lucy. Show all posts
Tuesday, December 13, 2011

Lucy - Chapter 2

TOK! TOK! TOK!

Dinding rumah Juhari diketuk dari luar. Tahulah Juhari yang mengetuk tu tak lain kalau bukan Saufi. Dinding rumah kayu, jadi senang la. Tak perlu pergi beri salam dekat pintu nak tungg tuan rumah buka. Ketuk dinding bual dekat tingkap je pun jadi. Lebih-lebih lagi dah pukul berapa kalau nak ikutkan memang tak berapa nak elok kalau mengetuk pintu depan, boleh jadi Mak Cik Lili yang keluar. Mau kena tinju pula Saufi malam-malam buta datang buat kacau.

"Woi, nak apa setan?!", tanya Juhari dalam bisik sambil tangan buka tingkap. Tingkap daun tapi ada grill. Dekat grill penuh dengan baju siap dengan penyangkut. Budak bujang. Gerobok tu setakat buat ada-ada saja. Bukan selalu pun dibuka. Kalau buka pun setakat nak ambil baju melayu masa nak pergi sembahyang raya.

"Ngeteh yok", Saufi pun berbisik. Takut-takut kalau Mak Cik Lili dengar. Bilik Mak Cik Lili selang satu bilik dari bilik Juhari. Satu bilik luas kira-kira sembilan kali dua belas kaki. Bukan besar mana.

"Dekat mana?", Juhari tanya sambil mendekat lagi wajahnya dekat grill. Tangan sudah dari tadi memegang grill.

Yang Saufi dari tadi mencangkung dekat kaki lima tepi bilik Juhari. Nyamuk dah la banyak. Nampak macam hilang akal sambil berbisik-bisik tapi tangan berkuak-kuak menghalau nyamuk.

"Dekat Kamal.. bawak ubat nyamuk sekali.", Saufi berbisik segera bingkas terus ke motor. Jauh juga dia parkir.

Tiba-tiba Saufi berhenti mengejut ketika berlari-lari anak ke motor.


*       *       *

Arthur terkebil-kebil. Menggosok-gosok matanya.


tangan siapa entah




bersambung

Sunday, November 20, 2011

Lucy

Rasa yang hilang macam ditelan tekak syaitan. Satu persatu menjadi seperti wap mengepul dan terus samar. Arthur terus bersimpuh. Menonton langit malam yang sangat cantik pada ketika ini. Tiada malam yang lebih cantik.

Nyawa Arthur sudah hampir ke ruangan lain. Arthur sudah tiada daya menggenggam walaupun tadi kuat Arthur menggenggam tepi seluarnya. Ketika masih ada isyarat terus ke medula. Athur sekarang cuma boleh mengelip-ngelipkan mata melihat langit yang cantik. Pernafasan Arthur kian merosot membuat oksigen semakin kurang untuk dipam ke otak dan mata semakin layu walhal Arthur mahu terus membuka. Tapi segalanya tidak menjadi.

*      *      *

Suasana nyaman. Arthur terlentang dan lihat rasuk rumah. Cantik. Segalanya di rumah itu sangat menawan. Terkebil-kebil kejap Arthur. Suasana ini pernah Arthur rasai suatu kali. Bau ini. Kehangatan ini. Keenakan bantal ini.

Arthur lihat sekeliling.

Arthur mengepal penumbuk kanan dan menumbuk tapak tangan kiri berkali-kali.

Arthur pasti.

Arthur rasa macam ada yang tak kena dengan kedua-dua belah tangannya.

Arthur tengok kedua belah tangannya kemudian terus mengalih pandangan kepada kaki.

bersambung


ini bukan arthur


p/s: Athur pasti siap!!!