"As you move on, remember me, remember us and all we used to be I've seen you cry, I've seen you smile. I've watched you sleeping for a while - ZH"
Showing posts with label aktiviti hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label aktiviti hujung minggu. Show all posts
Sunday, July 6, 2014

Si Rajah


11 feb , minggu lepas dlm pkol 2 pagi.. si frank mesej ajak ke rajah via chamang,
aku fikir dari aku duk rumah makan tido xda keja, foreveralone sensorang baik aku ikot, xkan nk sambut valentine..?? aku masih belum kafir.. lagipun siri dah reject aku.. sob sob..

hmm t_t

ari jumaat g collect barang camping dekat Harithku, alhamdulillah nasiblah dia ada barang camping lebih kasi aku pinjam.. aku ingat dia nk kasi beg ja.. skali semua benda dia bg.. complete.. aku tinggal galas bawak ja.. ahaha #eh tipu.. isi baju tido baju salin, biskot tu jela.. yg lain semua dia kasi skali kasut..

so mlm tu shah dtg pick up aku defat rumah mak ngah seksyen 24, kami gerak sampai chamang pkol 4 pagi.. pedulik aku tido dlm kereta sambil berdengkur.. penat siot, mana siang keje.. sampai kitorg relek dulu tido sampai pkol 6.30 pagi smyg apa bagai, kol 7 gerak jalan.. awal tu jalan balak ada la dekat sejam 4-5km lebih jalan baru masuk jalan hutan.. sebelum masuk jalan hutan tu kami breakfast dulu..

dah habis breakfast team lagi satu sampai naik 4 wheel.. xguna kalau taw kami tumpang skali.. ahah.. xpa kitaorg releks kejap.. bior dorang jalan dulu.. dlm pkol 10 baru masuk jalan hutan.. jalan dia xsusah sgt.. mendatar ja.. tapi jauh.. aku banyak kali pancit, mmglah lama sgt xnaik gunung.. last naik bukit kutu.. tu pun bulan berapa?? sembilan kot.. lepas tu aku xmkn minum ja.. mmg nyucuk perut aku mcm kena cucuk jarum bebanyak.. menyesal xmkn.. dengan galas beg 11 kilo..

dekat tgh tu dlm mampos.. siap aku buat stunt.. cewah..
mandi sampai xnak naik..

dah aku sampai paling last.. pkol 12 lebih baru sampai tempat nk khemah.. kami camping dekat lata naning, sebab dekat dgn punca air.. tapi kalau nk ke batu hijau sila la jalan lagi sejam.. dah siap setup2 kemah, kena masak pulak.. perghh.. jgn xtaw ayam goreng.. nasi.. telur.. mcm masak kt rumah complete! dah siap memasak mandi la apa lagik..

lepas mandi solat apa.. apa lagi main judik!.. ahah xdala lawan daun trup.. sapa kalah ada la denda.. kui kui kui.. aku power jugak.. skali skala ja kena denda.. denda menda.. air campuran kopi dengan garam la apa la.. mcm2lah.. mlm tu pkol 10 semua dah tido.. gila penat pkol 3 nk panjat tgk sunrise kekonon..

pagi tu bgn pkol 4 semua.. kah kah kah.. kalini jalan jauh nk mampos.. xdanya nk sunrise.. jalan dia mmg saiko jugak.. naik turun bukit banyak kali.. ada 2 km sebelum nk sampai summit kau kena wall/rock climbing dlm 4 meter.. wall climbing yg 85 darjah woii lepas tu spiderman lagi 7meter.. perghhhh dengan selut sebab mlm tu hujan.. alih2 sampai summit pkol 8.. sunrise amenda??

seriyes la.. dtg sini bawak wind breaker.. aku kat atas sana baru 10 minit mengeletar satu badan.. nasib la team yg lagi satu bawak wind breaker lebih kasi aku pinjam.. kalau x mengeras la aku kat atas.. owh rajah dari paras laut adalah 1,683m..

ni dah leaps wall climbing ni..
lepas sejam kat atas tu.. aku larik turun.. hg gila sejuk nk mampos.. turun laju ja.. 2 jam dah sampai tempat camping.. aku dah mcm separuh mati.. ahaha.. aku pack2 barang aku.. sementara tunggu dorang sampai.. aku lena.. mcm biasa.. ahaha.. sampai tu dorang paksa aku bangun masak.. xguna.. penat woi.. aku hmm layankan ja.. masak.. dah lepas masak nk mandi plak.. aku?? malas aku sambung tido.. siapa kacau mmg kena marah.. ahaha.. dah start pkol 3 dah start turun.. jadi sampai dekat air terjun bawah tu pun dah gelap.. dlm pkol 7 rasanya.. mandi2 kat air terjun.. pastu makan dekat pekan pahang.. pkol 10 chow balik shah alam.. esok pagi kirjooo.. 

mcm misteri kan??
time ni aku dah larik turun dulu.. gila sejuk wei..

this is RAJAH

cantikkan?? mossy forest


landmark dia.. eleh keciknya!


p/s : time ni mood aku nk amik gamabr xberapa nk ada.. so ni jala yg aku layankan.. hehe.. tgk lama kan aku peram entry ni.. padahal dah lama dh draf..cuma gamba aku malas nk masukkan hehehe...


Tuesday, January 7, 2014

Anjing Gila



Menonton Mad Dogs pada tahun 2014 adalah sesuatu yang agak kolot mungkin. Dan dari gaya tadi mungkin sedikit 'sibuk fikir apa orang fikir tentang engkau'. Pergilah mati sama diaorang nak fikir apa pasal engkau. Kau kolot dalam dunia mereka. Tapi itu pilihan engkau sama ada hendak bersedih sepanjang hayat kerana memikirkan 'apa orang fikir tentang awak', atau kau nak gunakan masa-masa yang masih tinggal dengan seronok. Dan ingat, hidup cuma sekali (dalam bentuk jasad, mungkin.. alam akhirat memang tidak terjangkau dek akal, jadi tiada teori khusus mengatakan kita masih berjasad, atau tidak berjasad.. kalau kita golongan beriman, Tuhan sayang kita, dia berikan segalanya, jadi kau boleh pilih nak berjasad atau tak.. betul?). Menonton cerita bersiri ni memang ada sedikit kesan. Bergantung terhadap cerita yang kau pilih. Bergantung juga terhadap kenapa kau pilih..

Kadang kadang ada yang mengatakan aku perasan bagus menonton filem filem luar (british terutamanya), wannabe, et cetera. Tapi itu pilihan aku. Mungkin kalau aku ceritakan hasrat aku terhadap dunia, mungkin akan ditertawakan. Jadi aku pilih untuk tidak cerita sekarang, buat saja apa yang aku suka, jadikan realiti, berikan pada masyarakat apa yang aku mampu. Jika tiba masanya, aku keluar untuk beritahu.

Sebenarnya satu je bende dalam Mad Dogs yang aku tak suka.. Manchester United. Yang lain ok, Tokoloshe ok, Rick ok, Baxter ok, Woody ok, Quinn ok, Carmen ok, Mercedes ok, semua ok, walaupun adakala semua terlalu bernasib baik. Tapi pergi matilah, ini comedy. Black comedy.

Dan dah apahal aku tulis bende ni hari ni? Dah takda kerja sangat. Sebenarnya aku dah taknak ambil oder kad kahwin kawan-kawan lagi. Aku dah tak boleh bagi harga baik. Maaf. Aku pun nak keluar pergi gunung, pergi pantai, pergi naik keretapi, macam kau kau semua yang ada banyak masa. Maaf. Aku terpaksa buat apa yang perlu je buat masa ini. Aku mungkin berhenti kerja sekarang dalam masa terdekat.


p/s:


Makes you feel alive, don't it?
Screw you, office jobs!
Up yours, nine to five!
Kiss my ass, fascists of the world!




sebenarnya, aku pernah kena sound, "Kau ni bodoh tak pandai markup".

Aku hidup dekat dunia ni kejap, jadi takkan aku tiba-tiba nak tolong orang dekat Lemuria, sedangkan kawan aku dekat Malaysia yang minta tolong. Apa lagi aku boleh tolong untuk kawan nak kawin. Aku nak kene markup diorang? supaya diorang rasa beban nak kawin? Siapa sempat rasa aku tolong terima kasih lah pada Tuhan. 
Sunday, December 29, 2013

Akal dan cara penggunaan

"Kenapa dia orang ni suka nak datang petang petang, kenapa tak datang pagi-pagi tadi", bertanyalah akak pejabat ni kepada gua sambil memandang kepada kumpulan pelanggan yang baru masuk ke kedai.

"Belum bangun kot", gua jawab ringkas. Yalah, biasanya hari sabtu orang mana bangun awal sangat.

"Kalau akak, pagi pagi dah segar", akak itu membidas. Pada aku, engkau tu bangun awal pasal kedai bukak hari sabtu. Kalau tak bukak kau pun dua kali lima. Dalam hati je la aku bentak.

"Dia singgah tempat lain kot.", gua masih memenangkan pelanggan.

"Patut datang pagi pagi baru sedap siapkan urusan", akak itu masih nak menang.

Aku senyap.

Dalam hati aku, "Dah kau bukak sampai pukul 6, memang la pukul 4 ada orang datang lagi. Cuba kau bukan pukul 8 sampai 12. mana ada orang nak datang lewat-lewat.", kaki gua dah menggigil menahan hasutan iblis. Kalau penerajang ni sama konsep macam penumbuk, bermakna aku dah kepal penerajang kemas kemas.

Suasana senyap sebab aku tak bersetuju dengan pendapatnya.


Jam sudah pukul 5 lebih.


Malamnya aku nak ke Maskara Shorties di Rumah Pena.

Ada tayangan filem pendek. Dan filem pendek aku ada sekali ditayangkan. Aku rasa nak tengok reaksi orang Kuala Lumpur pulak macam mana penerimaan terhadap filem itu.



p/s: penyudahnya Anip dan bini dia pick aku lambat. Sampai sampai dah tayang. Ada Radhi OAG semalam. Gambar pada Anip. Aku harap dia bagi dekat aku.

Tuesday, April 2, 2013

sabtu mlm ahad, untie melanjew bunga dengan sister tgk GI Joe..
 Alhamdulillah
otw g bukit raja
tetiba radio bawak lagu hapus aku..
spoil!


amois n sister..
geng sepet..


untie, amois n sister



Ahad mlm sabtu
paksu dpt gaji plus ot dia yg 200 jam tu.. jadi dia open table :)
Alhamdulillah
otw ke muara ikan bakar
radio nyanyi lagi keajaiban cinta
spoil!
paksu, awek paksu, pakngah, makngah, sister, cousin..

isnin mlm selasa.. tetiba..

amois ada allergic ka? naik bintik2 merah dekat lengan n badan..
mana pernah allergic ni woih..
sob sob sob

p/s ; i actually dont hate yu, only what yu did to me.. sometimes i still wish that yu were mine.. i just hope she makes yu happy than i do.. all i ever wanted was for yu to be happy.. thanks you for helping me find my self.. n tech me for not believe in love anymore..


Sunday, February 3, 2013

24

Kataa owner dia nak stop blog ni pada hari lahirnya yang ke 24.







hari ni kalau tak silap.




p/s: jom pergi makan

Wednesday, August 8, 2012


hari-hari yg mencabar.. Alhamdulillah Allah berikan pertolongan.. hari baju hilang haritu mlm tu hujan ribut.. pkol 9 kena tutup kedai.. then 11 mlm baru boleh bukak balik utk customer.. sale teruk.. lantai banjirrr... aku saba ja.. then lepas ja bukak kedai, ada sorg kakak ni dtg tegur aku.. dia panggil nama aku, aku dah blur.. ajaib mcm mana kakak ni taw nama aku.. lawa pulak tu.. putih.. disebabkan dia nampak aku blur dia ckp "ni kak pinat ni.. ingat dak?" owh.. aku sipu-sipu diam " kakak art la.. " aku ter"owh" cepat-cepat p salam tgn..

dan habis bab salam tgn.. aku ajak kak pnat duduk sembang sat.. dah sembang-sembang merapu ng dia esok dia kata dia mai lain.. aku ckp ok ja.. sebab aku ingat dia main-main.. skali esok dia mai betoi.. aku ataih katei lagi kat rumah.. naice.. aku kalut bgn mandi sampai kedai.. wow.. inikah kedai aku.. dah kemas sikit.. dia kemaih ng adek aku.. sebab pagi shift adek aku jaga kedai.. kak pinat bg pinjam hanger beratuih2 utk gantung tudung.. dia ajar aku decore kedai hat caca merba tu.. lepaih tu siap nk ajak aku bwk p tempat pemborong nk borong tudung lawa2.. owh terharunya.. aku baru ja second time jumpa kak pnat ni.. tu pun 5thn yg lalu.. dia boleh pulak tlg2 aku mcm2.. alamak segannya.. mungkin ni la pertolongan yg allah bg sebab baju kurung aku hilang haritu.. dan xsampai sejam.. art pulak sampai.. errr... lepas tu kak pinat balik rumah..

dari ptg sampai ke tgh mlm art dgn kawan dia tlg aku buat skirting kat depan kedai xmaw bg hujan tempias mcm semlm.. terima kasih banyak2 hanya tuhan yg mampu balas budi baik kak pinat dengan art serta mail.. owh terharunya... Alhamdulillah..

tapi mlm ni mcm kena p kl ambik stok.. stok baju kurung habih.. baju kurung kena kebaih..


p/s : art tu ex-bf aku waktu tingkatan 4-5... ada satu pakcik pesan.. lain kali kalau nk tinggai kedai.. buat pagaq.. baca mcm ni " Allahuma ini aquzubika min ka "... hembuih keliling kedai... insyaAllah xjadi apa-apa..

Tuesday, July 31, 2012
Alhamdulillah, semasa berlangsungnya cuti semester aku tahun ni, Allah tlg aku dengan pelbagai cara, sebelum puasa lagi aku dengan adik nk bukak bazar dekat pekan rabu meniaga kecik-kecik.. adik guna semua duit ptptn dia utk sewa tapak semua... berkali-kali ulang alik MBAS, last xdpt.. minggu lepas aku balik shah alam nk ambil kereta bwk balik.. sebab kereta tu nazak sgt.. jadi sepanjang aku dekat shah alam.. adik usaha lagi bg dpt jugak tapak walaupun dah seminggu puasa.. dan usaha dia membuahkan hasil, jadi dia mintak aku usha stok utk barang niaga, dia dh tlg usaha bg dpr tapak semua xkan aku xboleh tlg balik sesikit.. aku dah blur.. mana nk cari duit.. jadi aku nk mintak maaf dekat sesiapa yg bg donation dekat aku haritu.. aku guna separuh dr duit korang utk start meniaga.. insyaAllah ada untung aku ganti balik.. sebab operation maybe lepas raya, dr ckp ubat aku xdpt supplier lagi =.=" jadi dengan berbekalkan duit yg hampa bg dan duit tambahan dr makcik dan ayah aku, aku p cari supplier dan alhamdulillah aku dpt 2 3 org supplier yg ok.. dan yg paling  best ada salah seorg supplier tu bg aku hutang barang dengan dia.. dia bg barag dulu seribu lebih jugak la dia kasi hutang dekat aku, then bila dh ada duit bayar balik.. barang butik tu.. baik gila kak yan tu... aku bersyukur sgt.. Alhamdulillah.. jadi kawan2 aku yg ada area kedah pekan rabu tu boleh la mai bazar aku no45.. ada juai baju melayu, baju kurung, kaftan, hijab dan blouse.. owh ya.. start sampai balik ahad aritu.. tetiap hari aku p smyg terawih.. pkoi 6 ja aku tutup kedai pkoi 10 aku bukak balik.. kalau nk mai.. mai siang ataupun lepaih pkoi 10 *aku buat 8 ja hihihi.. tutup kedai pkoi1230mlm..


p/s : memang usaha dan tawakal itu akan membuahkan hasil... kalau xdak jugak tu percaya la.. Allah ada perancangan yg lebih baik utk kita..
Thursday, July 26, 2012


1st day ( jumaat mlm sabtu)
mak ajak balik kg, ada bbq dekat kg, mmg tradisi famili buat bbq sebelum puasa.. jadi ada la gotong-royong, mak kena peram daging ayam ikan semua lah sebab mak terer bab tu, makcik buat laksa, pakcik-pakcik bakar ja keja.. tahun lepas event ni buat kat rumah aku.. lagi banyak menu.. tahun ni sebab buat kat rumah tok.. menu sikit ja.. *aku dtg last minit xsempat nk ambil gambar camera lupa bawak.. tapi sgt happening sebab ramai org 


2nd day
mak suruh hantar adik balik hostel, uitm merbok kedah lepas bukak puasa..


3rd day
balik ke shah alam, pkol 3 baru bertolak bukak puasa dekat rnr tapah.


4th day
abah transit flight dekat lcct, abah suruh dtg bukak puasa sesama.. rezeki lebih mkn buffet ^__^


5th day
janji nk buka puasa dengan kak long dekat gombak, rindu dengan adeeb ^__^ tapi adeeb tido awal pulak...
adeeb dah xkenal untie..ah sedih -___-


6th day
bukak puasa dekat dataran shah alam belakang masjid shah alam.. 
aku : AJK nasi daging
pus : AJK air
fauzi : AJK mee kari
yg lain-lain : AJK bazar ramadhan, pinggan mangkuk plastik, surat khabar..


gotong royong bersihkan kawasan iftar ^_^


ajk nasi daging




xda pic mkn la woih, sori sampai dataran pun dah lambat.. duduk-duduk terus azan.. apolagi haaa bersepah la tangan tu..




hari ni hari kelima puasa, aku masih xsempat nk p terawih.. sedih tapi apakan daya.. insyaAllah lepas ni kena jugak p sebab bila aku ABC panjang.. tahun lepas xsempat skali pun sebab aku kerja dekat KL, then bila balik kg, ABC.. tapi xkira lepas ni kena p jugak..


p/s : bila xda arah tuju, xtahu apa yg kau cari, jgn la time tu baru nk ingat Allah.. sungguh aku malu...
Monday, July 9, 2012

hye juli

terasa macam agak lama jugakla saya xmenghapdep belog ini.. memandangkan saya bz berstudy dan bersosial juge pun.. saya malas nk berceloteh.. jadi saya letak gambo jew.. so enjoyes.. bersama lagu ini juge pun.. sila tekan play :P








pertama kali, terima kasih kepada izzati kerana membeli camera instax mini 7s ini dan sudi meminjamkan kepada sy untuk menghabiskan filmnya.. ihiks.. xjuge pun sy beli refill balik ok :)


   shawls biru izzati, shara dan amois pepel ihiks
kg baru 7.7.2012


superise pati utk zatie.. hapi bzday
belakang mcd seksyen 2  3.7.2012


aksi suap menyuap dan buli membuli..


otw p sunway bawak izzaini p jenjalan owhh kat belakang tu haikal :)


hohoho ini mira nadia.. kawan juge.. first time jumpa ni.. tapi dah mcm kenal lama..
susah nk jumpa mek ni haaa... dia stdy kat india..
20.6.2012


alhamdulillah... asyik murah rezeki ja.. sop belanja mkn dekat toni romas..
toni romas sunway pyramid 8.7.2012


amois n sistaaa... stop calling me ustazah ok!
8.7.2012


saya memain ja.. tetiba sop belikan betol-betol.. thanks sop.. semoga murah rezeki n kekal dengan nadia..
insyaAllah :)



p/s ; Zatie adalah rumate sy yg baru since bulan 7 gantikan rumate yg lama.. hohoho.. dia sambung study dekat MSU...  && Alhamdulillah duit utk operation dah cukup.. thanks kawan-kawan dan pusat zakat UITM.. semoga Allah memberkati anda semua... tapi xsempat nk g jumpa dentist lagi.. sy asyik gerun dengan paper.. hurm kalau anda xmampu nk treat semua org mcm kawan.. lebih baik xpyh berkawan..
Saturday, June 30, 2012

Bai bai Valentine, Good Morning Pahang

Entah... gua dah tak tahu nk tulis apa.

Gua takde internet untuk berhubung secara murah.

Kalau nak kontek gua jangan pakai emel
Tuesday, May 29, 2012

Maskara Geylang

26 Mei  2012 (malam)


27 Mei 2012 (Siang)
 






p/s: lepas tu gua balik johor.Gambar sebenarnya memang tak banyak waktu event pasal beteri habis. kah kah kah. Besoknya pun tak banyak. Kah kah kah. 
Thursday, May 24, 2012

siket.. ting ting


hari sabtu aritu mai ice skating for the second time.. 
last time main last year..
lebam dua belah lutut seminggu baru ilang..

cha n her bf :">  

 white t-shirt jimmy, pink cardigan pia..

 mat and pit

 all of us

me
cipta rekot baru, 2 jam main tanpa henti dengan lebih lancar.. 
berpuluh round pusing..
dua kali ja jatuh..
lebam lutut sebelah kanan ja
siku bedarah sikit..

lani xboleh entri panjang-panjang dah.. satg yuih ngamok.. gambaq banyak xpa..




p/s : bila berdialong dgn hati sendiri.. mcm kena troll dengan cleverbot.. setan betoi..



Monday, April 23, 2012

EPL Master 2012 (part 1)

LIVERPOOL MENANG!!


p/s: EOS puasa apdet


Saturday, April 14, 2012

Terima Kasih

"Terima Kasih"

Senyum

"Terima Kasih"

Senyum balik.

p/s: padahal gua sedih
Wednesday, March 28, 2012

Berbaris


Gua tak paham apasal orang sanggup berbaris nak beli putu bambu dekat Air Hitam. Bende apa tah yang samuk sangat. Gua ingat takda beza apa pun dengan putu bambu lain (pendapat gua.. bagi yang gila putu bambu mungkin dia boleh tahu kot beza apa). Penyudahnya gua pun join berbaris.


Ini zaman bila punya gambar tah gua tak ingat berapa haribulan punya. Tahun lepas rasanya. Masa tu dengan si Zabidi.


p/s: bau megi kari pulak dah.
Sunday, March 11, 2012

Sadin

Sadin je la woi. Sadin.

bende la main gitu.

p/s: ;(
Tuesday, March 6, 2012

El Magico


jangan tanya kena gua dah mula mendekati benda-benda halunisasi macam ni.

p/s: ada kala hidup perlu berangan. jenis mimpi basah setail jumpa orang yang kita tak suka.. cilake.

Sunday, February 19, 2012

sempurna


fisrt time buat pavlova, tanpa pertolongan :)



maaf tgn tidak berseni + malas



hasil lepas bakar pakai oven dapur bulat tanpa setting suhu



lepas hias,
sy lupa beli buah.. hihi
maaf



p/s : he used to told me that he love marshmallow so much, i dont know how to make a marshmallow but i can bake a pavlova... i wish, i can give him this pavlova.. thanks for texting me yesterday.. i hope you still care about me..


ps : still fail to bake macaroons :'(


Sunday, February 12, 2012

Kaldusa

Babi betul.

Kaldusa*.





Padan muka main macam bangang.


p/s: takpe.. yang penting dapat jumpa kawan dan beli belah. keh keh keh


Thursday, December 29, 2011

che wa yg awesome


lama gila x mkn..
hat che wa buat jugak sedap nk habaq hampa..

ni dia berudu.. hihi

ni cendoi moden.. jenis malas nk kupaih nyok santan pa.. *atkuali aku xsuka santan hihi
jenis buh gula meqah, gaqam sikit, susu pekat.. neh sedap buh jagung dlm tin..
tu pun aku malas nk rempit p kedai cik ramli..
xpa.. janji puaih..

las kali buh aih ketoi.. nyum nyum nyum..
dap dap dap ermmmm

p/s : syok jadi cucu che wa.. buleh request mcm2.. hihi.. terimak kasih tok :)


p/s 2 : dgr cerita esok nk p hatyai.. hihi