"As you move on, remember me, remember us and all we used to be I've seen you cry, I've seen you smile. I've watched you sleeping for a while - ZH"
Showing posts with label learning process. Show all posts
Showing posts with label learning process. Show all posts
Thursday, July 9, 2015

everthing happens for a reason



Alhamdulillah, I've learn a lot this year.. i learned that thing s don't always turn out the way you planned, or the way you think they should. && I've learned that there are things that go wrong that don't always get fixed or get put back together the way they were before. I've learned that you can get through bad times and keep looking for better ones, as long as you have people who love you. :)
Tuesday, January 7, 2014

Anjing Gila



Menonton Mad Dogs pada tahun 2014 adalah sesuatu yang agak kolot mungkin. Dan dari gaya tadi mungkin sedikit 'sibuk fikir apa orang fikir tentang engkau'. Pergilah mati sama diaorang nak fikir apa pasal engkau. Kau kolot dalam dunia mereka. Tapi itu pilihan engkau sama ada hendak bersedih sepanjang hayat kerana memikirkan 'apa orang fikir tentang awak', atau kau nak gunakan masa-masa yang masih tinggal dengan seronok. Dan ingat, hidup cuma sekali (dalam bentuk jasad, mungkin.. alam akhirat memang tidak terjangkau dek akal, jadi tiada teori khusus mengatakan kita masih berjasad, atau tidak berjasad.. kalau kita golongan beriman, Tuhan sayang kita, dia berikan segalanya, jadi kau boleh pilih nak berjasad atau tak.. betul?). Menonton cerita bersiri ni memang ada sedikit kesan. Bergantung terhadap cerita yang kau pilih. Bergantung juga terhadap kenapa kau pilih..

Kadang kadang ada yang mengatakan aku perasan bagus menonton filem filem luar (british terutamanya), wannabe, et cetera. Tapi itu pilihan aku. Mungkin kalau aku ceritakan hasrat aku terhadap dunia, mungkin akan ditertawakan. Jadi aku pilih untuk tidak cerita sekarang, buat saja apa yang aku suka, jadikan realiti, berikan pada masyarakat apa yang aku mampu. Jika tiba masanya, aku keluar untuk beritahu.

Sebenarnya satu je bende dalam Mad Dogs yang aku tak suka.. Manchester United. Yang lain ok, Tokoloshe ok, Rick ok, Baxter ok, Woody ok, Quinn ok, Carmen ok, Mercedes ok, semua ok, walaupun adakala semua terlalu bernasib baik. Tapi pergi matilah, ini comedy. Black comedy.

Dan dah apahal aku tulis bende ni hari ni? Dah takda kerja sangat. Sebenarnya aku dah taknak ambil oder kad kahwin kawan-kawan lagi. Aku dah tak boleh bagi harga baik. Maaf. Aku pun nak keluar pergi gunung, pergi pantai, pergi naik keretapi, macam kau kau semua yang ada banyak masa. Maaf. Aku terpaksa buat apa yang perlu je buat masa ini. Aku mungkin berhenti kerja sekarang dalam masa terdekat.


p/s:


Makes you feel alive, don't it?
Screw you, office jobs!
Up yours, nine to five!
Kiss my ass, fascists of the world!




sebenarnya, aku pernah kena sound, "Kau ni bodoh tak pandai markup".

Aku hidup dekat dunia ni kejap, jadi takkan aku tiba-tiba nak tolong orang dekat Lemuria, sedangkan kawan aku dekat Malaysia yang minta tolong. Apa lagi aku boleh tolong untuk kawan nak kawin. Aku nak kene markup diorang? supaya diorang rasa beban nak kawin? Siapa sempat rasa aku tolong terima kasih lah pada Tuhan. 
Thursday, October 31, 2013

Out-of-the-box

Batu, kayu, karbon, hidrogen, lembu, serigala, dakwat, elektrik, emas, minyak, tebu, musytari, milkyway, dan juga tembaga adalah golongan makhluk. Kita sering meletakkan erti kata makhluk itu terhadap sesuatu yang hidup. Sering. Apabila perkataan makhluk muncul dari mulut seseorang, secara automatik akal kita akan berelativiti dengan sesuatu yang ada gerakan nyata. Sebagai contoh, Henry memulakan ceritanya, "Pada suatu ketika dahulu, ada suatu makhluk di tanah Itali". Gambaran pertama yang muncul dalam fikiran seorang manusia normal adalah manusia atau binatang, atau kadangkala yang lebih radikal akan menggambarkan manusia-binatang atau binatang-manusia. Sikap macam inilah yang menyebabkan golongan yang kerja di sektor kerajaan menjadi bertambah bengap. Mana dia out-of-the-box yang sering kita war-warkan. Sampaikan suatu tahap perbendaharaan kata dalam kamus dewan berkenaan hal makhluk ini terlalu kecil skopnya. Makhluk dalam kamus dewan dibicarakan sebagai 'segala benda (spt manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan) yg dijadikan Tuhan'. Dan contoh ayat yang digunakan adalah, "Makhluk halus makhluk spt jin dan syaitan yg hidup dlm alam ghaib". Ini adalah madefaker mana yang mengajar dia ni?

Masalah ini mungkin sudah lama dibincangkan oleh golongan ilmuan. Namun, saya sebagai golongan yang bukan ahli pun ambil masa untuk berfikir berkenaan makhluk. Saya juga adalah golongan 'kamus dewan' seperti saya sudah perkatakan tadi. Mengaitkan makhluk sebagai hidupan yang nyata. Tapi atas sebab saya berfikir lebih dalam, tambahan ada pengaruh luar dari rakan-rakan sebaya, jadi saya cuba mengesan makhluk yang sentiasa berada dengan saya sepanjang waktu. Saya berfikir, mungkin malaikat, mungkin syaitan, mungkin kucing, mungkin air. Tapi pada suatu hari, ada suatu kawan menyoal saya berkatian masa, "Engkau rasa masa itu makhluk atau bukan?". Pada ketika itu, saya yang berpegang teguh pada sebahagian saja konsep sunatullah, jadi saya jawab, "Bukan, aku rasa bukan makhluk". Namun sahabat itu menerangkan, "Masa itu makhluk sebenarnya". Saya pun diam sebentar. Perasaan bercampur baur. Saya kemam mulut sambil mengerut dahi. Fikiran saya terus melayang menggambarkan bentuk naga eropah. Saya menggambarkan masa itu berbentuk naga eropah. Betapa tidak out-of-the-box nya saya pada ketika itu.

Bertitik tolak dari peristiwa itu, saya cuba mencari apa bende entah.

Bapalah.. Mengantuk nak mati pula. Tadi bukan main tidak boleh tidur.

Adakah tidak dapat melelapka mata ini adalah ganguan ifrit?

Sudahlah saya tidak tidur cukup, esok pula hendak pergi kerja.


Isu kerja ini juga akan saya bincangkan kemudian walaupun isu out-of-the-box ini belum habis.

p/s: adakala aku rasa masa itu terlalu panjang kerana mengharungi sesuatu 'neraka'. Adakala aku rasa masa itu terlalu singkat kerana belum puas menikmati 'syurga'. Walaupun pada kiraan jamnya adalah sama. Kan kadangkala, kalau kawan yang kita suka bertandang ke rumah kita dalam tempoh seminggu, pada waktu ketika dia hendak pergi, kita sering berkata, "Woi, kejapnya lepak..". Berlainan pula dengan kawan yang kita tidak suka, baru seminit duduk, kita sudah terdetik, "Dia ni bila nak chow?". Begitulah tidak konstannya masa. Pada hemat saya, kayu pengukur untuk masa adalah diri masing-masing. Dan saya berharap saya tidak ada kawan yang tidak disukai. Saya harap tuhan memberikan kebolehan untuk saya supaya tidak tidak-suka kepada mana-mana makhluk. Saya harap tuhan buangkan sikap prejudis. Kalau bukan hari ini, esok, kalau bukan esok, lusa. Kerana masa depan itu sungguh misteri. Dan kita diberikan sedikit sahaja pengetahuan mengenai masa depan.


Monday, October 7, 2013

Pin BSN

Kalau gua dah beli nombor pin dekat BSN jangan tanya kenapa la woi..

Gua dah plan baik ni.. plan baik ni..

Ni kalau Tuhan berkenan ni memang semua ngam ni..

Tahun satu gua masuk macam biasa, gua pergi kelas full.
Tahun dua gua tangguh pelajaran, sambung kerja..

Kalau nasib gua baik gua melamar perempuan mana-mana.
Gua ajak bertunang ke apa benda.

Tahun depannya, gua sambung belajar lagi.
sambil gua buat buku mana tahu boleh pergi.

Sampai habis lagi dua tiga tahun.

Power power.

Gua masuk kerja. Gua ajak perempuan awal tadi kawin.

Lagi power kalau gua sambung master lepas tu..


Gua sendiri tertanya-tanya part beli kereta dengan rumah mana?

Nanti lah balik gua tanya tuhan.

p/s: amacam boleh jadi best comeback?

Wednesday, June 20, 2012

Kurnia



kau tahu rasanya bila lebam, kau tekan tempat yg kau lebam, rasa sakit tu kau letak dekat pipi dekat dengan telinga.. lepas tu tambah skali denyutan urat dari telinga sampai ke otak.. kalau kau xtahu mcm mana rasanya kau bolehlah ucap Alhamdulillah.. sebab aku rasa benda ni setiap hari dari 3 bulan lepas lagi sakit bila kau tgh kunyah nk mkn.. walaupun sekadar roti..




p/s ; andai disetiap kunyahan yg aku lakukan kau kurniakan aku dengan kesakitan sebagai penebus dosa lampauku, aku rela kau lanjutkan kurniaan ini ya Allah..

Sunday, June 17, 2012

life is suck?



dear lovely friends, never ever think that way..
hidup ni kita yg pilih, kita yg decide.. dlm waktu yg sama kita yg pilih utk jadi mcm tu.. jgn salahkan hidup, jgn salahkan takdir.. bila kau ckp macam tu.. kau ckp macam org xda iman.. mcm xda agama.. pahit manis hidup ni semua ujian tuhan bg utk kita.. sama la mcm belajar.. ada subjek kau score.. ada subjek kau fail bila ujian.. adakan semua tu berbeza.. adakah kita akan putus asa?.. semua tu kita yg pilih.. jgn persoalkan pasal iman ada or tadak.. semua benda kita kena cari.. kita nk, kita kena usaha.. nk makan.. bukan makanan tu datang masuk dlm mulut kalau kau xusaha cari.. perlukan duit.. bukan duit tu turun dari langit.. kita sendiri usaha nk cari duit nk hidup.. same goes to iman.. iman tu kita kena cari.. kita sendiri usaha utk ke arah tu.. tapi kalau kita dah usaha jgn putus asa.. tuhan nk uji lagi.. adakah kita ni akan berpegang teguh dengan DIA kalau kita dah senang.. dia nk tgk adakah DIA hanya wujud dlm diri kita hanya bila kita susah saja.. 


antara banyak-banyak kejadian yg jadi selama kita hidup ni.. jgn pernah fikir apa kita lalui selama kita hidup ni xbermakna.. semua yg jadi ada hikmah.. aku bercakap dengan banyak org.. aku meluah dengan org yg aku rasa org yg aku boleh percaya.. aku faham apa yg depa sampaikan.. aku terima segala nasihat yg depa bg.. tahu apa yg aku dapat? aku dapat banyak benda yg selama ni aku ambil mudah sebenarnya ada banyak makna.. aku belajar terima takdir.. ayat yg banyak bg kesan mendalam dekat aku adalah ayat ni " tyrah, aku xpercaya dengan kebetulan, semua yg jadi dalam hidup ni semua ketentuan.. ianya takdir.. skrg ni kau ikot ja apa yg tuhan dah tentukan utk kau.. "-sop.. aku fikir.. ya, semua tu takdir.. dah tertulis oleh Allah apa yg bakal jadi utk kita.. tapi jgn fikir semua tu dah di tetapkan.. takdir boleh di ubah dengan berdoa, insyaAllah.. tapi jangan sesekali salahkan takdir.. salahkan takdir bermakna kau salahkan tuhan sedangkan jalan hidup kau yg pilih..


hidup jgn pernah lari dari masalah, sebab masalah itu kita sendiri yg cipta.. then kenapa nk takut dengan masalah yg kau sendiri reka cipta? kau rekacipta masalah tu, apasalah kau selesaikan sendiri.. kenapa nk takut dengan apa yg kita sendiri cipta..? its doesn't matter if masalah yg tercipta tu berpunca dari kau or org lain or kau salah reka masalah or what.. just adapt sebab masalah tu mematangkan diri kita.. ia adalah pengalaman yg berpunca dari diri sendiri.. its fun bila kita dapat selesaikan masalah tu sendiri.. sama la mcm soalan calculus, susah gila.. kenkadang mcm nak fed up..kita yg tentukan nk putus asa atau tidak.. tapi bila kita dapat jawapan kita rasa menang, rasa lega.. rasa tenang.. insyaAllah dapat A.. hihihi.. tapi kalau rasa susah.. jgn putus asa, kau berdoa mintak Allah mudahkan jalan, mintak tlg dengan DIA.. sebab hanya dia yg mampu tlg.. hati jadi lebih tenang dengan kehadiran Allah.. aku xtipu.. sesungguhnya aku xbaca ar-Quran start aku umor 14 thn - 22 thn.. tapi aku baca yassin.. tapi xsama dengan baca al-quran.. selama aku xsentuh quran.. hidup aku xtenang.. tapi bila sedar aku ni manusia yg banyak salah aku balik kepada Dia.. aku dah rajin baca, alhamdulillah.. aku malu sgt sebab aku dah lupa nak baca sesetengah ayat.. aku rasa terkilan sebab dulu aku ambil mudah.. kalau aku rajin dulu mesti aku xjadi mcm ni.. tapi think positive, aku bukan nabi, semua manusia buat salah.. bila salah benda mcm ni kita akan ingat.. dan insyaAllah kita xbuat lagi.. tapi honestly ckp xmudah.. aku kenkadang berperang dengan perasaan sendiri.. bila aku tgk perempuan lain chantik free hair, rambut kaler maler.. hati terdetik nk mcm dulu.. tapi aku banyak lawan sendiri.. aku teringat mak, aku teringat adik-adik, abah..  dan aku lupa dengan niat tu..




its complicated kalau kau xpaham apa yg aku sampaikan.. ahaha point dia aku nk ckp :-


i - jln hidup kita yg corakkan, jadi jgn salahkan takdir
ii - dlm hidup ni semua yg jadi ada hikmah
iii - jgn pernah lari dari masalah, jgn hipokrit
iv - balik kepada-Nya, jgn putus asa..




mesej dr classmate, when she know what have I been through







p/s : aku bukan nya pandai sgt.. setidaknya aku mencuba.. kalau kita nk kita kena usaha.. bukan tawakal sahaja.. :) dan terima kasih Allah kerana kurniakan aku dengan sahabat-sahabat yg prihatin :)







Thursday, June 14, 2012

Ya Allah, Aku Terharu..



dari pagi aku dekat fakulti gigi nk ambil surat dr Dr. aku tunggu dekat 1jam semata-mata nk ambil surat.. dah dapat surat Dr. ckp aku kena ambil 3 suntikan Asid hyaluronic.. setiap suntikan bernilai rm4++ (*masih xtahu harga pasaran), bermaksud total 3 suntikan satu ribu lebih.. xtermasuk rawatan lain (*kalau ada).. lutut aku dah goyang.. sumpah kalau dlm rm500 aku dah boleh tangung sendiri.. tapi kalau dah seribu lebih aku fikir sepuluh kali nk buat operation ni.. minggu lepas dah susahkan mak abah sampai gaduh-gaduh.. lagi nk bagitahu.. aku segan dr kecik sampai besar akula anak yg paling banyak nk dikeluarkan duit.. biarla yg last ni aku tanggung sendiri.. biarla aku belajar utk hargai apa yg tuhan bagi lepas ni.. aku tahu Allah ada utk bantu aku..


kemudian bila aku letak status fb yg xda kena mengena pasal aku sakit just mention mcm mana nk cari duit pun kawan aku yang tah dari mana aku kenal dari alam maya ni yang sibuk-sibuk nk tlg aku siap buat flyer utk aku.. 2 3 org lagi siap bbm mintak no akaun padahal aku xpenah jumpa.. ya Allah Alhamdulillah, tuhan berikan aku kawan-kawan yang prihatin dengan aku.. sumpah aku terharu segan.. demi Allah kalau kos dlm rm500 aku boleh tanggung sendiri, insyaAllah.. tapi kalau satu ribu lebih aku xda nk boleh cari dlm masa 2 3 bulan ni.. operation bulan depan.. insyaAllah.. aku dah jam nk cari duit mcm mana..


lepas dia buat flyer post dekat blog, ada org mesej aku ckp nk tlg sempat lagi air jernih aku nk mengalir laju ja.. terima kasih sudi tlg aku.. bila aku bg no akaun, tanya nama dia xblas.. walau sesiapa pun anda terima kasih.. insyaAllah aku guna pertolongan yg korang bg ni ke arah kebaikkan.. insyaAllah kalau aku baca quran, pahala jugak akan dpt kat org yg tlg aku tu.. aku akan doakan korang sihat sejahtera..


aku tahu aku kena berusaha, biarlah apa org nk kata apa, apa org fikir.. aku dah malas nk fikir.. 
yang aku tahu, aku kena hargai siapa yg sudi tlg aku dengan ikhlas kerana Allah..


jgn ckp aku xberusaha, aku tunggu surat dr DR. tu sebab nk buat rayuan zakat rm500 dari uitm.. Alhamdulillah ustaz tu ckp nk tlg aku jugak.. keputusan dlm 3 minggu lagi.. maksudnya selepas aku final exam.. baru dpt tahu keputusan.. baru buat operation.. 






p/s : Alhamdulillah, dalam dunia ni sebenarnya masih ada orang yg prihatin dengan orang lain.. terima kasih.. aku harap kawan-kawan aku yg lain doakan aku murah rezeki utk kumpul duit & cepat sembuh.. dalam masa satu hari ni dah dpt kumpul rm120 dr kawan-kawan yg aku xpernah jumpa.. Alhamdulillah terima kasih.. :") *mcm mana nk buat ikon menangis sambil senyum terharu tah?


p/s : aku mcm nk jual ja bb yg brighstar ganti tu & sama beg aku yg baru beli tu.. kalau ada sesiapa nk beli.. boleh la roger aku.. terima kasih banyak kepada Pert Doherty yg susah payah buat flyer utk aku.. aku segan, terharu semua ada.. banyak sgt kau tlg aku ni..

Tuesday, May 29, 2012

oh, my jaw

kalau aku tahu dia dtg seawal ni,
aku xbeli telepon mahal-mahal,
aku xbeli beg mahal,
aku xborong baju dekat padini time sale haritu,
aku xmakan hebat-hebat,
makan roti hari-hari,
hidup sederhana,
tapi yg hebatnya aku
xtahu seawal ni.





 sebelum - x ada gap dekat rahang aku

 selepas - dah ada gap sikit lepas 2 minggu.. but its only temporary
still rasa sakit if nk makan.. tapi ada improvement xsakit mcm dulu..


ni rahang sebelah kiri yg normal


utk keadaan jadi normal.. its impossible.. tapi the best way kalau xnak buat operation tu selalu.. aku kena beli fluid utk letak diantara rahang aku dengan tulang.. cost about rm5++ (dr xsemak lagi harga pasaran skrg) utk fluid shj xtermasuk treatment lain lagi *kalau ada.. aku xingat apa nama fluid tu.. tapi fluid tu yg ada dekat semua sendi manusia.. ( tu pun dr kena check sama ada fluid tu ada tindak balas dengan kimo or dak )...


secara kasarnya, dr ckp ada sumthing yg tumbuh dekat rahang tu, dan maybe sebab ketumbuhan tu yg buat rahang aku jam, might be sebab aku pernah buat kimoterapi dulu ketumbuhan tu tumbuh tapi xmembahayakan kot, dan aku mmg kena jaga gusi dan gigi aku dengan cermatnya.. dr takut ada effect lagi dekat gigi..


kesimpulannya, effect kimoterapi tak dapat dijangka..




***********************************




semlm nurse call ckp aku ada appointment dgn dr, "ok sy gerak skrg nurse.." lepas jumpa dr.. kesimpulan yg dr bg adalah seperti di atas.. 


aku xckp lagi dekat mak or abah.. secara jujurnya semalam aku nagis dengan teruk.. rasa diri ni menyusahkan parent aku.. start umur 2 thn aku dah cancer hati (hepatoblastoma), lepas tu 3 kali patah kaki.. semua tu aku kena masuk hospital, lepas tu ada rawatan susulan utk MIR la, x-ray satu badan, cucuk darah sana sini mcm tikus makmal.. semua tu perlukan duit.. skrg dah umur 2+ nk menyusahkan lagi..? aku rasa sedih.. ada rasa sedikit looser.. jadi aku decide aku nk tanggung kos ni sendiri.. xpyh bgtaw mak dengan abah pun x apa kot.. lagipun abah skrg ada masalah keewangan yg teruk.. so aku kena start menabung lagi.. duit nk g bandung tu maybe boleh guna dulu.. bzness kena usaha lebih lagi ( kunci rezeki solat Dhuha ).. owh aku ambik short sem semester ni.. hurm maybe aku kena cancel.. nk try jugak apply zakat uitm (*err boleh ka? )..


maybe kawan-kawan aku yg jadi engineer, pak guard, pegawai bank, cikgu dan pembaca blog aku sudi nk tlg aku sikit-sikit.. ihihihi.. insyaAllah kalau hampa tlg aku, Allah tlg hampa balik.. beside kalau aku baca al-Quran or surah-surah, insyaAllah hampa dpt pahala sekali..time ni la nk kumpoi pahala.. hihihi.. tapi kalau doakan aku sembuh dan tabah pun.. tu pun dah cukup baik.. kawan-kawan aku tlg la jaga kesihatan anda baik-baik.. mintak Allah sihatkan kamu-kamu semua.. aku rasa sedih nanti kalau hampa sakit jugak..




p/s : sekarang kau tahu, kenapa aku suruh kau blah dulu.. sebab aku tahu kemungkinan yg akan berlaku..



kerana mulut banyak perkara,
banyak angkara,
banyak dosa,
hampir zinanya,

kini aku mengerti apa ertinya
terima kasih yg maha penguasa
mengajar aku ertinya
terima diriku apa adanya
hilanglah satu nikmat di dunia
moga kasihMu berkekalan akhirnya

InsyaAllah,Alhamdulillah...












Friday, May 25, 2012

trouble is a friend

im having a bad hijjab days today.. :'(
owh mannnnn..
i wake up early than usual so i can do last minute revision on today test..
so, when its time to start the engine.. 
at time nk masukkan gear.. ada benda asing bunyik..
n clutch xboleh masuk gear..
*what? gulz yg bawak kereta manual is awesome.. yoawhh!
i was panic.. omg.. omg.. "mcm mana nk p jwp test ni.."
start calling classmate nk tumpang g class..
and all the gf classmate are already arrived at fac..
omg.. so i decide to go by bus..
masuk rumah, tukar tubah pakai seluar.. sigh!..
baru feeling-feling nk solehah sikit ari jumaat ni..

sampai fac, xsempat revision..
terus duduk and answer all the question..
im dead gulz..

balik nasib syahida tlg tompangkan..
pkol 3 zack dtg tgkkan kereta..
n the conclusion yg zack bg is clutch plate rosak..
n total cost about rm6++ for repair n towing..
mana nk cari duit? n matila kena marah ng abah..
owh lupa.. zack is my classmate yg tahu ssiket2 benda pasal kereta..

after zack, im calling my pak su.. so mana tahu dia boleh tampung sikit2 duit.. ihihi
so he decide to come n see my cars problem first n he bring along the pomen.. ahaha..
and Alhamdulillah.. Allah help me.. n the car can move again..
problem solve..

so im going to frinjan event.. and jual hijjab..
thanks to Allah, pak su and zack for helping me..



p/s : you know what.. for the whole bad hijjab days that happen today, my mouth didn't even said any single bad words.. unless my lord, help me plis.. im begging you.. n moral of the days is.. ckp benda yg baik-baik.. mintak tlg Allah.. n bersabar :) n its only English test.. hihi.. Alhamdulillah im able to answers all the question nicely..