"As you move on, remember me, remember us and all we used to be I've seen you cry, I've seen you smile. I've watched you sleeping for a while - ZH"
Thursday, February 23, 2012

the truth


pabila setiap dingin embun pagi bila dia membuka mata dari alam nyata.. bisikkan bunga selalu menjelma.. kenapa? apa? bagaimana? siapa? apa yg bunga mahukan dari dia? kenapa lagi? apa yg dia telah lakukan? segalanya telah diceritakan.. dia sangkakan sudah berakhir.. sudahlah.. biarkan semuanya berlalu.. dia penat dengan semua yg berlaku.. tetapi bunga sahabatnya.. lalu berlayarlah semula..


b : apa yg telah kau lakukan?
a : aku mendoakan kebahagiaan dia dengan kekasihnya..
b : kau bohong
a : apa yg aku lakukan?
b : kau tidak mendoakan kebahagian dia dengan kekasihnya..
a : tetapi aku mendoakan kebahagiaan dia.. aku juga tidak mendoakan kemusnahan hubungan mereka.. jadi apa yg aku bohong?
b : tidak, kau berbohong, kau hanya mendoakan kebahagiaan dirinya sahaja kan?
a : ya aku mendoakan semoga dia bertemu dengan tulang rusukkannya yg sebenar dan..
d : dan apa?
a : dan... dan.. itu rahsia ku dengan penciptaku..
b : kau malu?
a : ya, seharusnya begitu
b : dan sebenarnya tiada satu doa mengenai kekasihnya..
a : ya, aku fikir ianya sama.. dan masakan aku hendak mendoakan org yg aku tidak kenali..
b : apa salahnya kalau kau mendoakan sahaja.. tidak salah bukan.. kau masih cemburu dengan kekasihnya bukan?
a : tidak, aku tidak cemburu.. bagaimana aku hendak mempunyai perasaan begitu? bermula saat dia menolak aku 10 bulan yg lalu, telah aku block pages kekasihnya dari profile aku.. tidak terlintas di fikiranku utk melihat dirinya.. mengetahui sejauh mana hubungan dia dengan kekasihnya.. malah aku tidak membuka pages dia 4 bulan yg lalu.. lalu bagaimana..
b : kau tahu, keterangan yg panjang lebar ni telah membuktikan perasaan kau?
a : -.-'
b : kau cemburu bukan?
a : ya aku mengaku, aku masih tidak menerima kenyataan..
b : kau tahu, kau banyak tipu?
a : apa yg aku tipu?
b : ...kenapa menipu?
a : .. hendak menjaga hati org mungkin.. menyedapkan hati sendiri.. or else
b : kau tahu dosa?
a : aku tahu.. tapi tu ja yg aku rasa yg aku boleh pilih..
maafkan aku, aku telah dikaburkan dengan perasaan ku..
aku manusia yg lemah.. penuh dgn dosa..
b : kau tahu.. kau boleh memilih sama ada nk berbohong atau tidak..
a : ya, aku tahu pilihan aku adalah salah.. tapi aku mahukan yg terbaik utk semua..
b : siapa yg kau tipu?
a : biarlah itu semua tidak penting... yg nyata layananku terhadapnya tiada yg dusta, reaksiku terhadapnya adalah jujur, kata-kataku terhadapnya adalah benar, secara jujurnya dialah seorg yg tidak pernah aku tipu dengan sengaja.. cuma dia tidak nampak segalanya..
b : apa yg kau hendak lakukan?
a : biarkan ia berlalu begitu sahaja.. sehingga tiba masa.. DIA tahu apa yg terbaik utk kami berdua..


* * *



di depan-Mu terang-terangan aku memohon dirinya..





"When you tell the truth, it becomes a part of your past.
When you lie, it becomes a part of your future"


p/s : then this is a lesson for my life