"As you move on, remember me, remember us and all we used to be I've seen you cry, I've seen you smile. I've watched you sleeping for a while - ZH"
Thursday, October 31, 2013

Out-of-the-box

Batu, kayu, karbon, hidrogen, lembu, serigala, dakwat, elektrik, emas, minyak, tebu, musytari, milkyway, dan juga tembaga adalah golongan makhluk. Kita sering meletakkan erti kata makhluk itu terhadap sesuatu yang hidup. Sering. Apabila perkataan makhluk muncul dari mulut seseorang, secara automatik akal kita akan berelativiti dengan sesuatu yang ada gerakan nyata. Sebagai contoh, Henry memulakan ceritanya, "Pada suatu ketika dahulu, ada suatu makhluk di tanah Itali". Gambaran pertama yang muncul dalam fikiran seorang manusia normal adalah manusia atau binatang, atau kadangkala yang lebih radikal akan menggambarkan manusia-binatang atau binatang-manusia. Sikap macam inilah yang menyebabkan golongan yang kerja di sektor kerajaan menjadi bertambah bengap. Mana dia out-of-the-box yang sering kita war-warkan. Sampaikan suatu tahap perbendaharaan kata dalam kamus dewan berkenaan hal makhluk ini terlalu kecil skopnya. Makhluk dalam kamus dewan dibicarakan sebagai 'segala benda (spt manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan) yg dijadikan Tuhan'. Dan contoh ayat yang digunakan adalah, "Makhluk halus makhluk spt jin dan syaitan yg hidup dlm alam ghaib". Ini adalah madefaker mana yang mengajar dia ni?

Masalah ini mungkin sudah lama dibincangkan oleh golongan ilmuan. Namun, saya sebagai golongan yang bukan ahli pun ambil masa untuk berfikir berkenaan makhluk. Saya juga adalah golongan 'kamus dewan' seperti saya sudah perkatakan tadi. Mengaitkan makhluk sebagai hidupan yang nyata. Tapi atas sebab saya berfikir lebih dalam, tambahan ada pengaruh luar dari rakan-rakan sebaya, jadi saya cuba mengesan makhluk yang sentiasa berada dengan saya sepanjang waktu. Saya berfikir, mungkin malaikat, mungkin syaitan, mungkin kucing, mungkin air. Tapi pada suatu hari, ada suatu kawan menyoal saya berkatian masa, "Engkau rasa masa itu makhluk atau bukan?". Pada ketika itu, saya yang berpegang teguh pada sebahagian saja konsep sunatullah, jadi saya jawab, "Bukan, aku rasa bukan makhluk". Namun sahabat itu menerangkan, "Masa itu makhluk sebenarnya". Saya pun diam sebentar. Perasaan bercampur baur. Saya kemam mulut sambil mengerut dahi. Fikiran saya terus melayang menggambarkan bentuk naga eropah. Saya menggambarkan masa itu berbentuk naga eropah. Betapa tidak out-of-the-box nya saya pada ketika itu.

Bertitik tolak dari peristiwa itu, saya cuba mencari apa bende entah.

Bapalah.. Mengantuk nak mati pula. Tadi bukan main tidak boleh tidur.

Adakah tidak dapat melelapka mata ini adalah ganguan ifrit?

Sudahlah saya tidak tidur cukup, esok pula hendak pergi kerja.


Isu kerja ini juga akan saya bincangkan kemudian walaupun isu out-of-the-box ini belum habis.

p/s: adakala aku rasa masa itu terlalu panjang kerana mengharungi sesuatu 'neraka'. Adakala aku rasa masa itu terlalu singkat kerana belum puas menikmati 'syurga'. Walaupun pada kiraan jamnya adalah sama. Kan kadangkala, kalau kawan yang kita suka bertandang ke rumah kita dalam tempoh seminggu, pada waktu ketika dia hendak pergi, kita sering berkata, "Woi, kejapnya lepak..". Berlainan pula dengan kawan yang kita tidak suka, baru seminit duduk, kita sudah terdetik, "Dia ni bila nak chow?". Begitulah tidak konstannya masa. Pada hemat saya, kayu pengukur untuk masa adalah diri masing-masing. Dan saya berharap saya tidak ada kawan yang tidak disukai. Saya harap tuhan memberikan kebolehan untuk saya supaya tidak tidak-suka kepada mana-mana makhluk. Saya harap tuhan buangkan sikap prejudis. Kalau bukan hari ini, esok, kalau bukan esok, lusa. Kerana masa depan itu sungguh misteri. Dan kita diberikan sedikit sahaja pengetahuan mengenai masa depan.


Saturday, October 26, 2013

Lari THS - Part Lapan



6hb September 2013

sampai terimal feri pkoi 8 pagi mcm tu.. kami first time naik bas vip ni kami xtaw.. rupanya bas yg kami naik tu masuk skali dlm feri masuk dlm pulau koh samui.. sebab kami bangun mamai mamai kalut kami naik feri xtunggu bas.. siap angkut beg bagai.. pastu kami pelik pasaipa bas duk hon2 awai tadi.. pastu bila atas feri duk tanya org.. runpanya kami tinggai bas.. aha.. selalu bas tinggai org.. lani org tinggai bas.. bas kami xmasuk dlm feri awai tu sebab feri penuh.. so nk tunggu bas kami dlm sejam lebih jugak la.. sebab dari terminal tu nk p pulau pun amik masa 2 jam.. so kami decide cari teksi.. kena pandai tawaq jugak la.. kami dpt teksi rm40 dari terminal ke hotel jadi sorang rm 10 mcm tu la..

sapa taw taw la..
semua ada tanggungjawap memasing..
heeee

dlm feri sempat lagi merapu ng siken..
kami qupanya ada taik lalat sama-sama dekat kaki..
org kata "jalan jauh niiiiii"
ce teka kaki aku yg mana satu..

ni la kaki aku..

p/s : jom pusing koh samui..

Friday, October 25, 2013

Lari BKK - Part Tujuh


5hb September 2013

kami bangun awal pagi.. nak pusing bangkok utk hari last.. first benda yg siken nk p hard rock cafe.. breakfast letak tepi sat.. ahaha.. ok layan jalah.. tapi aku punya misi lain.. disebabkan aku yg plan vacation ni.. aku kena make sure kami xterkandas kat mana2 konon2 backpackers.. hehehe so aku turun lagi awal.. nk check tiket bas ke surat thani sebab surat thani paling dekat jeti nk ke koh samui dari bangkok.. so aku tanya bellboy kat depan pintu hotel tu.. nasib la english dia power.. so dia tlg aku order tiket bas dekat sana.. kat sini beli tiket  bas pakai 7eleven je woih.. booking tiket pakai phone pastu nanti dia antar confirmation code dekat phone.. lepas tu p bayaq dekat 7eleven.. dah setel.. dah setel bayaq tiket bas kami pun duk ingat nk jalan kaki p hard rock.. pada aku xjauh pun.. ada jugak 1km tapi.. xkan terasa la sebab kiri kanan jalan hg buleh tgk barang.. sebab sepanjang jalan ada ja org menega kiri kanan..


tambang utk 4 orang utk ke surat thani.. pepandai la nk bahagi.. 
                                                    
duk jalan2 dua tiga langkah ada tut tut mai.. dia ajak naik.. aku tanya harga dulu berapa.. perghhh dia bagi dari tempat kami nk p siam paragon tu rm2 ja.. cilakau smlm kena cilok.. kami pun apa lagi on jalah.. sebelum tu dia kata nk bawak kami pusing2 kedai dekat2 situ.. dia kata nk dpt subsidi minyak kena buat mcm ni.. so dia bawak kami p beberapa kedai.. so aku paham la.. kalau depa nk dpt minyak free depa kena bawak tourist p beberapa kedai yg ada link dengan gov depa mcm nk tarik tourist beli barang depa la.. p ja xkena bayaq pun.. xmaw beli pun xpa.. buat2 tgk ja.. so dah p 3 4 kedai kami pun sampai siam paragon.. dari siam paragon tu kami jalan dalam 200meter nk p hard rock.. depan siam paragon tu ada kedai assesori hp.. mcm lowyat jugak la.. tapi aku rasa lagi murah.. tapi kami xmasuk pun sebab kami nk p hard rock dulu.. hard rock tu ada dekat belakang2 plaza yg mcm low yat tu.. kalau xtaw jalan tanya ja org.. kalau xtaw jalan bukak wazeeeeee.. ahaha.. kami duduk bangkok ni beli sim card siam.. sim card dia rm30.. unlimited internet access utk 7 hari pastu ada topup rm10.. call mesia seminit rm1.. pada aku muqah sangat dah tuuu..


baru ja jumpa dia semlm kat madam tussauds
                                  

aku beli sais budak m.. seba hat ja paling muqah.. hehe..
siken beli sampai dua.. cet..
                                 

yoe, piti, amois, siken
hat laki nengok jew.. kata xbekenan
                                 


dah habis p hard rock kami p patah balik p siam center mrt depan siam paragon jugak.. nk p terminal 21.. aku xingat turun dekat mrt yg mana satu.. murah ja tambang 27baht xsalah aku.. unik dekat terminal 21 ni.. setiap level dia ada theme negara2 dia.. best la.. nk uniq lagi.. masuk toilet dia.. tetiap toilet dia design lain..
pastu nk pesan p dia punya food court.. food court dia murah gila.. kami makan kat situ.. situ ada satu ja stall halal nasi arab. tapi xkan bebuah nk kena tanya halal kan?? situ jus buah2 dia murah gila.. rugi xmkn jus buah2 dia.. pulut pelam.. perghhhh sedap nk mampoih.. maneh.. aku xmkn pun.. siken ng piti mkn.. aku xreti mkn pulut pelam.. kui kui kui..

dah habes mkn kami jalan2 la dalam terminal 21 tu.. dalam tu ada shoping komplek la.. tapi tu la setiap level dia uniq.. kalau p bangkok.. sila lah p..syokkkkk.. aku pun ingat nk mai lagi nanti.. tapi nk p tempat lain plak..


insyaallah ada rezeki mai lain.. hehek..

tunggu train nak balik p siam center..

xjadi turun dekat siam center turun dekat chi lom.. ayaq ni ada kat chit lom ja..
ayaq yg 100% perah.. muqahhhhhhhh plus sgt sedap..
amboi dah telioq.. rm2-rm3..
dah balik dari terminal 21 singgah chit lom beli ayaq buah tu.. pastu kami jalan2 p mall sepanjang nk balik hotel tu.. sebab pkoi 5 kena balik hotel sebab pkol 6 kena sampai terminal bas sai tai.. pkoi 7 nk kena naik bas p surat thani.. dari hotel nk p ke terminal bas sai tai tu amik masa sejam sebab jam.. so bellboy tu dah arrange teksi utk kami.. dlm rm50 bahagi 4 org.. nk buat gena.. rasanya tu harga yg reasonable kot... di sebabkan bellboy tu banyak tlg..jadi aku pun huluq la sikit duit tips kat dia..


amois, yoe, piti

ni pukoi 4 ptg.. hampa tgk.. jam teruk.. sebelah kiri gambaq ada mall lagi power dari pavillion
sini pavilion becambah..
gila masuk butik..

sebab takut esoknya xdak hotel skali lagi aku beli hotel
dekat agoda.. pakai debit card.. 

sampai stesen bas.. kami cari kedai mkn.. kedai mkn halal ada dekat fud court belakang skali.. rasis betoi..
tapi xpa.. makanan dia jamin halal dan sedap.. dia punya stesen bas mcm stesen bas dekat bandar tasik selatan cuma buruk sikit.. nk masuk terminal ada polis jaga.. kena tunjuk tiket baru dia bg masuk..

kami naik bas pkol 7.30.. perghh bas dia awesome gila.. bas dia siap ada pramugara.. pastu bas siap ada tv..pastu bagi makan.. pastu earphone selimut bagai.. terbaiklah servis dia.. harga berpatutan la jugak..
sebab dari sai tai bangkok ke surat thani 12 jam.. hek hek hek..

p/s : nk mai lagi nanti.. serius nk mai kalau ada rezeki lagi.. syokkkkk.. cuma nk cari makan halal tu ke pandai.. kalau dak sila posa mkn buah saja.. hehe..


Tuesday, October 22, 2013

pain!

aku baru perasan.. ada penyokong tegar..

p/s : sakit pinggang woih.. bahana naik van siam seat 90 darjah selama 8 jam.. tak guna tak guna tak guna..
Monday, October 7, 2013

Pin BSN

Kalau gua dah beli nombor pin dekat BSN jangan tanya kenapa la woi..

Gua dah plan baik ni.. plan baik ni..

Ni kalau Tuhan berkenan ni memang semua ngam ni..

Tahun satu gua masuk macam biasa, gua pergi kelas full.
Tahun dua gua tangguh pelajaran, sambung kerja..

Kalau nasib gua baik gua melamar perempuan mana-mana.
Gua ajak bertunang ke apa benda.

Tahun depannya, gua sambung belajar lagi.
sambil gua buat buku mana tahu boleh pergi.

Sampai habis lagi dua tiga tahun.

Power power.

Gua masuk kerja. Gua ajak perempuan awal tadi kawin.

Lagi power kalau gua sambung master lepas tu..


Gua sendiri tertanya-tanya part beli kereta dengan rumah mana?

Nanti lah balik gua tanya tuhan.

p/s: amacam boleh jadi best comeback?

Friday, October 4, 2013

Saksi

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله

Ayat sumpah ini, ayat pengakuan ini, atau apa juga yang kau nak maksudkan adalah perkara yang membuat aku terus berfikir.

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah"

Yang membuat fikiran aku terus bekerja adalah pengertian 'bersaksi' atau kata akarnya SAKSI.

Kenapa ulama-ulama dahulu atau ahli ahli bahasa pada waktu dahulu memberi pengertian 'bersaksi' (ada kala 'naik saksi') untuk barisan ayat syahadah ini? Menjadi saksi adalah tugas yang berat pada pendapat aku. Sebagai contoh keduniaan, kau menjadi saksi untuk suatu kes pencabulan hak asasi. Kau melihat dan nampak nyata perlakuan tersebut dan menyatakan kepada masyarakat sememangnya kau adalah saksi. Namun apabila dikaitkan dengan syahadah, kau perlu menjadi seorang saksi yang engkau sendiri tidak menyaksikan perkara tersebut (secara bahasa dan logik). Ayat mudahnya, saksi palsu. (Di sini, cuba bukakan minda sedikit agar tidak menuduh aku seorang sesat atau menyesatkan, cuma ambil pemikiran aku dari sudut lain). Kerana perkataan saksi bermaksud orang yg mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan).

Jika kau mengucap dua kalimah syahadah bermakna kau telah menyaksikan dua perkara yang besar.

Pertama, kau menyaksikan tiada tuhan selain Allah. Bagaimana perkara ini berlaku sedangkan kau sendiri tidak pernah melihat Allah secara zahir? Dekat sini apa maksudnya? Aku sebenarnya masih berfikir. Ramai bijak pandai agama cuba mengaitkan hal agama kepada yang tidak logik atau mistik (perkara yang tak masuk akal, ini adalah isu ruang lingkup relatif, mungkin lain kali hal ini akan diperbincang). Jadi dari kecil aku cuma berpegang pada faith bila masuk kepada urusan syahadah ini. Faith tiada lain. Perkara ini boleh dijerumuskan kepada hal cinta. Cinta juga berkait dengan faith ini.


lepas tu apa benda entah aku nak tulis.


nanti ingatkan aku balik ah nak tulis apa.


p/s: aku ada masalah ni sebenarnya, tapi tak selesai-seleseai lagi