Gua sebenarnya ada benda nak cerita. Banyak benda. Tapi kalau bercerita sekarang orang kata gua ni tidak realistik dari segi pemikiran. Jadi gua tunda kepada masa yang lebih realistik. Yang entah bila.
Kadang-kadang bila bercerita sesuatu hal pada masa yang tak kena akan menyebabkan cerita itu terkubur dan ghaib begitu sahaja. Dan orang sekeliling pun menjalani kehidupan yang sama seperti semalamnya. Sikapnya, air minumannya, kesukaannya semua tiada perubahan kerana kegagalan penceritaan tadi. Penceritaan itu jika dilakukan tepat pada masanya akan membawa suatu revolusi. Tolong jangan sempitkan fikiran dengan perkataan revolusi ini dengan 'V for Vendetta' atau Napoleon Bonaparte, tapi ambil juga Oasis sebagai pemahaman penggunaan REVOLUSI. Jika gua dapat bercerita pada waktu yang tepat, pada waktu asas pemikiran pendengar adalah tenang dan sangat rasional dengan cerita gua, kebarangkalian untuk revolusi itu muncul adalah lebih tinggi. Dan lagi sekali jangan sempitkan perkataan revolusi itu dengan hal perang atau motivasi-motivasi yang klise kerana tidak semua penceritaan yang gua akan sampaikan adalah hal-hal peningkatan. Kadang-kadang penurunan sesuatu tahap itu perlu dalam kehidupan.
Banyak orang mahu mencapai kehidupan yang lebih baik. Segi? Gua cakap dari segi harta benda. Apa yang mula-mula orang pandang terhadap kau apabila penampilan atau rekabentuk kemanusiaan (baca: rupa) tidak mencapai kehendak nafsu mata mereka? Harta. Dan apa harta ni boleh buat? Macam-macam.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
nanti la. penat kepala pening.
p/s: sebenarnya gua nak tulis benda lain. gua nak tulis pasal Revolusi Cinta. jadi babi apa entah dah ni..
0 comments:
Post a Comment