"As you move on, remember me, remember us and all we used to be I've seen you cry, I've seen you smile. I've watched you sleeping for a while - ZH"
Thursday, May 2, 2013



berkata seorang perempuan dalam satu ruangan bersama aku..

p ; si C menghubungi aku mengatakan dia merindui aku..
a ; apa jawap mu?
p ; seperti selalu jawapku aku juga merindui dirinya..
a ; lalu apa kata jiwamu.. adakah kau rasakan sesuatu?
p ; jasad kami terpisah jauh.. tidak mungkin aku punya sesuatu..
a ; adakah ini permainan mu?
p ; aku rasakan tidak kerna aku merindui dia hanya sebagai sahabat.
a ; begitu kau masih tahu apa perasaan dia terhadapmu bukan? tidak kah kau rasa bersalah?
p ; ya, aku rasa aku tidak melakukan apa-apa kesalahan..
a ; kau tidak patut mengatakah hal yang sedemikian jika kau tidak bermaksud begitu.
p ; aku rasa dia paham.
a ; kau tidak boleh membaca fikiran manusia. kau tidak boleh beranggapan begitu. walaupun jika dia memahami. pada aku ungkapan itu amat berharga pada aku. aku tidak sebarangan berucap sebegitu. pada aku ungkapan itu sangat berharga dan bererti. jadi ungkapan yg berharga dan bererti haruslah diucapkan terhadap seseorg yg berharga dan bererti. bukan omongan kosong untuk kau suka-suka.
( p diam terpaku xbersuara )
a ; baiklah kalau begitu. kau sudah dewasa utk memikirkan apa yg kau perlu lakukan terhadap apa yg bakal terjadi nanti. terpulang pada kau..



*     *       *

kotak ditelapak tgnku bercahaya warna putih berkedip menggegar tgnku,
memberi surat dari pengirim sesaat yg lalu. mengganggu masa lapangku bersama kuil jangka lalu terkedu.

p ; wahai sahabat, aku keliru.. aku buntu..
a : apa maksudmu?
p : si A menghilang dari berhubungan dgnku selama beberapa hari.. dtg si B memberi harapan utkku.. si B selalu ada bila saat aku memerlukan utk sesuatu..

( si A yg dia kenal entah dari mana, aku tidak peduli, sesungguhnya aku manusia yg tidak peduli mengenai hal segala manusia yg masih ada mahupun tidak, aku manusia yg tidak masuk campur masalah manusia lain, melainkan mereka mencerikan kepada aku, pendek kata aku bukanlah penjaga tepi kain manusia apatah lagi melihat mahupun membasuh kotoran kain tersebut, aku manusia yg tidak peduli, katanya dirinya mempunyai sesuatu bersama si A tetapi masih ragu-ragu manakala si B seorang kenalan aku, yg agak rapat, yg pada satu masa dahulu berminat mengenali P tetapi tidak kesampaian dan sekarang si P mengarap kembali kepada kasih si B kerana mendapat petunjuk dari penciptanya setelah membuat solat petunjuk kata dari P, wawallahualam, maaf, aku dgn agak terganggu rasa tidak senang dengan masalah yg pada aku bukan perlu utk aku, lalu aku berikan soalan kepada surat mengganggu tersebut.. )

a ; wahai rakan, apakah matlamatmu? apa yg kau mahu dlm hidupmu? apakah hala tujumu? apa mahumu?
p ; aku tidak tahu, aku buntu.
a ; jadi apa yg harus aku bantu jika kau tidak tahu hala tuju hidup dan matlamatmu? maaf tegurku buatmu.. percakapan mu tidak mencerminkan perbuataan mu. aku harap kau faham maksudku. bertanyalah kau kepada penciptamu, dia lebih tahu dari aku.( tiada lagi cahaya yg masuk ke dalam kotak di telapak tgn selepas itu, lalu aku leka menghancurkan gula-gula  sehingga lena )


p/s : Tuhan tidak beri apa yg kau nk, Tuhan beri apa yg kau perlu.. kau selalu ulang,kau selalu baca.. tapi kau xpernah paham maksud tu.. atau kau xpernah nk terima apa yg dia dah tunjuk.. aku kenkadang penat melihat kau, aku muak dgn permainan kau, tapi aku manusia lemah.. pada aku, tak perlu aku ubah siapa diri kau, kau bakal berubah bila kau mahu, cukup aku tegur sekali kalau kau ulang aku xambil peduli, jgn kau cari aku pada masa kau sakit nanti kerana sindiran biasanya lagi pedih dan sakit dari teguran yg aku beri.



0 comments: