Gua berjalan pantas sehingga gua bertembung dengan Asri. Tatkala itu juga gua rasa mahu memvelek buku apa benda yang diberikan pada gua, namun buku tadi ghaib entah ke mana. Gua jadi musykil lain macam. Pelbagai tuduhan dan syakwasangka muncul dalam kepala gua. Adakala gua rasa nak menuduh pihak bank yang mengenakan bunga yang tinggi untuk pinjaman peribadi. Ataupun gua rasa perlu tuduh kompeni yang buat gam untuk nombor plet. Dan juga kompeni kad kahwin yang outdated. Kemunculan Asri yang secara tidak menentu itu tadi telah memberi gua semangat untuk mengeteh. Namun kali ini gua tak rasa nak menghisap rokok. Kami berdua menuju ke suatu warung berdekatan satu apak tayangan wayang gambar. Namun yang anehnya gua boleh melihat ke dalam bilik taangan tanpa gua membuka pintunya. Segalanya terjadi secara ajaib. Kami makan sate. Sate bebola daging.
Dalam suasana yang makin mencemaskan gua, muncul pula Tirah dari entah mana- mana entah. Ini membuatkan gua lebih risau. Perempuan memang kerap buat gua cemas dan jantung gua berdegup pantas lain macam. Lebih lebih lagi yang mncul secara ajaib. Tirah datang duduk sama gua dan Asri. Dan secara ahaibnya lagi sekali, Tirah tiba-tiba sudah ada air.
"Woi, henfon kau tu buang dalam jamban je la!!!", akhirnya Tirah yang muncul secara ajaib tadi berauara lantang memekik ke arah gua dengan muka garang vietnamnya.
"Apahal pulak?", detik gua.
Gua capai genfon gua. 'Memory full and you're fucked' tertera pada henfon.
Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Berderai derai gua ketawa.
"Gua tak perasan woih, kakakakakaka", gua jawab pada tirah.
"Ahhh!", Tirah melawan. Dia ni memang macam tu.
Kami berbual mengenai cara menangani keganasan kaum robot. Gua endah tak endah berborak hal itu. Suasana jadi suram tidak fasal fasal mungkin dek kerana bercerita mengenai robot dan bukan hal hal jiwa jiwa. Duduk warung ni yang buat lama adalag fasal duduk minum air panas dan bual hal jiwa jiwa, selain itu sebab tiada astro di rumah. Kami pun betbual dengan penuh hiruk pikuk.
Keadaan semakin tak kena bila Lokman pula tiba tuba hadir dalam berbaju melayu. Gua dah mula tak sedap hati ni. Jangan jangan dia baru balik perhimpunan umno. Yang gua punya syak tambah tebal adalah pasal dia lengkap bersongkok. Jangan dia suruh gua masuk politik sudah.
"Aku nak pergi bertunang ni", kata Lokman tanpa usul periksa.
Kami semua melopong.
P/s: nanti la fua sambung
0 comments:
Post a Comment