"As you move on, remember me, remember us and all we used to be I've seen you cry, I've seen you smile. I've watched you sleeping for a while - ZH"
Sunday, June 10, 2012
Akan aku khabarkan pada jiwanya
bersalahnya aku
hinanya aku
buruknya aku
jahatnya aku
malunya aku
berdosanya aku pada masa lalu
utk jujur pada jasadnya
agar tenang jiwaku
tidak berdosa dengan hatinya
supaya cintanya adalah kerana tuhanku
bukan kerana nafsu

biarlah bait aku sendiri yg berbicara
sejernih permata memaparkan cerita
biarlah dia terluka seketika,
biarlah segalanya jujur dengan izin-Nya
biarlah bodohnya aku utk ikhlas dengan hatinya
biarlah ruginya aku utk jujur dengan jiwaku
setidaknya aku adalah aku
tiada paksaan, mahupun lakonan dlm duniaku utk memuaskan hati semua
biar aku tenang, biar aku jujur.. bukan menipu
yg hati masih milik dia..

aku pilih untuk percaya dengan hati
aku percaya apa yg aku lakukan
aku lakukan semuanya ikhlas kerana-Nya

maafkan aku,
aku lukakan hatinya utk kali keberapa,
maafkan aku,
aku memilih utk menjadi wanita tidak sempurna..
aku pilih utk sakitkan hatinya..
aku pilih utk pergi darinya..
hanya maaf yg aku terdaya

yang nyata aku tidak perlukan perasaan yg mahukan kata dua
ya Tuhanku, aku redha dengan jalan yg aku pilih
jalan yg aku percaya kerana-MU


5 may 2012 full house Sunway







p/s : maafku adalah kata yg paling murah kerna aku hamba hina disisi-Nya..


p/s : biarlah aku nk ckp jugak, 21 April 2011, aku check blackberry kau.. maaf aku salah.. tu ja.. maafkan aku..




0 comments: