"As you move on, remember me, remember us and all we used to be I've seen you cry, I've seen you smile. I've watched you sleeping for a while - ZH"
Showing posts with label sajak tipu-tipu. Show all posts
Showing posts with label sajak tipu-tipu. Show all posts
Sunday, October 14, 2012

Tuhan,
kembalikan diriku ke tempat asalnya,
pulangkan jiwaku ke arah tuju-Mu,
tenangkan hatiku ke jln keredhaan-Mu
maafkan diriku menduakan diri-Mu
sesungguhnya aku manusia lemah dengan nafsu kurniaan-Mu

Tuhan,
ampunkan dosa lampauku
maafkan segala khilafku
hinanya aku dengan sikapku
maka layakkah aku ke pintu syurga-Mu?

p/s : Alhamdulillah, syurkurku atas ingatan dari-mu utk berikan aku nafas sepanjang perjalanku dari lahirku, jahilku, dosaku, hingga sampai waktu itu..
Monday, August 6, 2012

angin khabarkan kepadaku bahwa,
mereka mengingatimu,
mereka menyukaimu, 
mereka menyenagimu,
mereka merinduimu,
mereka menyayangimu,
Alhamdulillah.



p/s : mat jim ckp tadi antara banyak-banyak sir yg dia ada, kau lah sir yg paling awesome, cool dan penyabar yg dia pernah ada.. 

p/s : antara banyak-banyak rasa yang kau ada, aku harap ianya bukan rasa kasihan..
Monday, July 23, 2012


sesejuk embun secerah mentari
akal mencari logik di siang hari
hati merungkai persoalan mimpi
adakah benar apa yg terjadi


kaki melangkah ikut naluri
jari bergerak bersama hati
biar apa yg terjadi
jiwaku terikat dengan dua janji
tapi benarkah tuhan tempatku disini?














p/s : biarlah hanya dua kali bertemu, harapannya hanya satu, kau bahagia di alam yg satu itu. InsyaAllah... Al-Fatihah..









Friday, July 20, 2012

kosong pada mulanya,
tiada makna mahupun cerita
hanya sekeping hati yg keras hendaknya
sesudah kisah si perupa


hadirnya bawa satu cahaya,
ditaburkan janji, kata setia,
senyum tawa,
bahagia seketika,


ya,
seketika,
hanya seketika,
yang tinggal adalah 
duka
lara
luka
parut,di jiwa
terkesan sampai bila-bila


biar luka, rasa derita
asal kenal pada yg ingat setiap masa


sesat sebentar
jumpa yg benar
senyum lebar
hati tenang 
dekat terkenang
pada maha penyenang


biar sesaat aku teringat
sungguh aku terniat
biar masa jadi penamat
sampai nanti suatu saat
padamlah semua keramat
dengan izin dari yg rahmat


 Definisi cerita dari hayat sang bunga







p/s : aku harap semuanya dapat diperbaiki semula walaupun bukan sempurna, it's too late to make it, But is it not too late to try... InsyaAllah..


p/s : Alhamdulillah, Ramadhan dtg rindukan kita semua.. jgn pernah sia-siakannya.. hargainya seperti ini adalah ramadhan terakhir untuk diri kita :)




Monday, July 9, 2012
aku takut,
aku takut pada sesuatu yg tak pasti
aku takut dengan hati sendiri
aku takut dengan bayangan lalu
aku takut  bayangan kau
aku takut dengan kau
ya, kau..



tapi aku tahu,
aku tahu Tuhan ada jaga aku,
aku tahu Tuhan tahu cetus hati kecil aku,
aku tahu Tuhan tahu aku meronta-ronta,
aku tahu Tuhan tahu apa yg aku doa,
aku tahu semua milik Tuhan juga,
aku tahu Tuhan pinta aku usaha
aku tahu bersabar xboleh lupa
aku tahu Tuhan tahu apa yg terbaik untuk aku

aku yakin,
aku percaya dengan jalan yg aku pilih,
kerna aku memilih dengan kehendak aku dengan bantuan dari-Mu.




      just close ur eyes, you'll be alright, come morning light, u & i'll be safe and sound


p/s : aku berharap semoga tiada semangat yg hilang.. semangat kau yg dulunya utuh.. bak buluh perindu..





Monday, June 11, 2012




kau setia bersama
tidak pernah kau berdusta
setiap kaliku berduka, kau belai hinggaku terlena
andaiku murka, kau diam seribu bahasa
bilaku perlu, aku tahu kau ada

kau tidak memaksa
malahan meminta
kau faham segalanya
sedikit tidak curiga
menunggu aku hingga akhirnya
sayang kau utkku lebih dr segalanya

jgn pernah ada jurang antara kita 
kau tetap yg utama
hingga akhirnya kita berdua
marilah beradu bersama
fizikalmu empuk buat ku tergoda
beralaskan dirimu kita bercumbuan puas terleka
menyatu, terlanjur selalunya..
masa bukan penentu kita berdua..
kau tahu aku bahagia selalunya..
wahai katil puaka, jgn pernah tinggalkan aku ya..



"As you move on, remember me, remember us and all we used to be I've seen you cry, I've seen you smile. I've watched you sleeping for a while - ZH"

"People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel -IZ"




p/s : dan kau xpernah lupa utk mimpikan aku tentang dia bila aku terlupa.. =.=''  dah-dah la mimpi tu..


p/s :I love my relationship with my bed...no commitment..we just sleep together every night.
Sunday, June 10, 2012
Akan aku khabarkan pada jiwanya
bersalahnya aku
hinanya aku
buruknya aku
jahatnya aku
malunya aku
berdosanya aku pada masa lalu
utk jujur pada jasadnya
agar tenang jiwaku
tidak berdosa dengan hatinya
supaya cintanya adalah kerana tuhanku
bukan kerana nafsu

biarlah bait aku sendiri yg berbicara
sejernih permata memaparkan cerita
biarlah dia terluka seketika,
biarlah segalanya jujur dengan izin-Nya
biarlah bodohnya aku utk ikhlas dengan hatinya
biarlah ruginya aku utk jujur dengan jiwaku
setidaknya aku adalah aku
tiada paksaan, mahupun lakonan dlm duniaku utk memuaskan hati semua
biar aku tenang, biar aku jujur.. bukan menipu
yg hati masih milik dia..

aku pilih untuk percaya dengan hati
aku percaya apa yg aku lakukan
aku lakukan semuanya ikhlas kerana-Nya

maafkan aku,
aku lukakan hatinya utk kali keberapa,
maafkan aku,
aku memilih utk menjadi wanita tidak sempurna..
aku pilih utk sakitkan hatinya..
aku pilih utk pergi darinya..
hanya maaf yg aku terdaya

yang nyata aku tidak perlukan perasaan yg mahukan kata dua
ya Tuhanku, aku redha dengan jalan yg aku pilih
jalan yg aku percaya kerana-MU


5 may 2012 full house Sunway







p/s : maafku adalah kata yg paling murah kerna aku hamba hina disisi-Nya..


p/s : biarlah aku nk ckp jugak, 21 April 2011, aku check blackberry kau.. maaf aku salah.. tu ja.. maafkan aku..