أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Ayat sumpah ini, ayat pengakuan ini, atau apa juga yang kau nak maksudkan adalah perkara yang membuat aku terus berfikir.
"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah"
Yang membuat fikiran aku terus bekerja adalah pengertian 'bersaksi' atau kata akarnya SAKSI.
Kenapa ulama-ulama dahulu atau ahli ahli bahasa pada waktu dahulu memberi pengertian 'bersaksi' (ada kala 'naik saksi') untuk barisan ayat syahadah ini? Menjadi saksi adalah tugas yang berat pada pendapat aku. Sebagai contoh keduniaan, kau menjadi saksi untuk suatu kes pencabulan hak asasi. Kau melihat dan nampak nyata perlakuan tersebut dan menyatakan kepada masyarakat sememangnya kau adalah saksi. Namun apabila dikaitkan dengan syahadah, kau perlu menjadi seorang saksi yang engkau sendiri tidak menyaksikan perkara tersebut (secara bahasa dan logik). Ayat mudahnya, saksi palsu. (Di sini, cuba bukakan minda sedikit agar tidak menuduh aku seorang sesat atau menyesatkan, cuma ambil pemikiran aku dari sudut lain). Kerana perkataan saksi bermaksud orang yg mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan).
Jika kau mengucap dua kalimah syahadah bermakna kau telah menyaksikan dua perkara yang besar.
Pertama, kau menyaksikan tiada tuhan selain Allah. Bagaimana perkara ini berlaku sedangkan kau sendiri tidak pernah melihat Allah secara zahir? Dekat sini apa maksudnya? Aku sebenarnya masih berfikir. Ramai bijak pandai agama cuba mengaitkan hal agama kepada yang tidak logik atau mistik (perkara yang tak masuk akal, ini adalah isu ruang lingkup relatif, mungkin lain kali hal ini akan diperbincang). Jadi dari kecil aku cuma berpegang pada faith bila masuk kepada urusan syahadah ini. Faith tiada lain. Perkara ini boleh dijerumuskan kepada hal cinta. Cinta juga berkait dengan faith ini.
lepas tu apa benda entah aku nak tulis.
nanti ingatkan aku balik ah nak tulis apa.
p/s: aku ada masalah ni sebenarnya, tapi tak selesai-seleseai lagi
0 comments:
Post a Comment