"As you move on, remember me, remember us and all we used to be I've seen you cry, I've seen you smile. I've watched you sleeping for a while - ZH"
Thursday, October 31, 2013

Out-of-the-box

Batu, kayu, karbon, hidrogen, lembu, serigala, dakwat, elektrik, emas, minyak, tebu, musytari, milkyway, dan juga tembaga adalah golongan makhluk. Kita sering meletakkan erti kata makhluk itu terhadap sesuatu yang hidup. Sering. Apabila perkataan makhluk muncul dari mulut seseorang, secara automatik akal kita akan berelativiti dengan sesuatu yang ada gerakan nyata. Sebagai contoh, Henry memulakan ceritanya, "Pada suatu ketika dahulu, ada suatu makhluk di tanah Itali". Gambaran pertama yang muncul dalam fikiran seorang manusia normal adalah manusia atau binatang, atau kadangkala yang lebih radikal akan menggambarkan manusia-binatang atau binatang-manusia. Sikap macam inilah yang menyebabkan golongan yang kerja di sektor kerajaan menjadi bertambah bengap. Mana dia out-of-the-box yang sering kita war-warkan. Sampaikan suatu tahap perbendaharaan kata dalam kamus dewan berkenaan hal makhluk ini terlalu kecil skopnya. Makhluk dalam kamus dewan dibicarakan sebagai 'segala benda (spt manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan) yg dijadikan Tuhan'. Dan contoh ayat yang digunakan adalah, "Makhluk halus makhluk spt jin dan syaitan yg hidup dlm alam ghaib". Ini adalah madefaker mana yang mengajar dia ni?

Masalah ini mungkin sudah lama dibincangkan oleh golongan ilmuan. Namun, saya sebagai golongan yang bukan ahli pun ambil masa untuk berfikir berkenaan makhluk. Saya juga adalah golongan 'kamus dewan' seperti saya sudah perkatakan tadi. Mengaitkan makhluk sebagai hidupan yang nyata. Tapi atas sebab saya berfikir lebih dalam, tambahan ada pengaruh luar dari rakan-rakan sebaya, jadi saya cuba mengesan makhluk yang sentiasa berada dengan saya sepanjang waktu. Saya berfikir, mungkin malaikat, mungkin syaitan, mungkin kucing, mungkin air. Tapi pada suatu hari, ada suatu kawan menyoal saya berkatian masa, "Engkau rasa masa itu makhluk atau bukan?". Pada ketika itu, saya yang berpegang teguh pada sebahagian saja konsep sunatullah, jadi saya jawab, "Bukan, aku rasa bukan makhluk". Namun sahabat itu menerangkan, "Masa itu makhluk sebenarnya". Saya pun diam sebentar. Perasaan bercampur baur. Saya kemam mulut sambil mengerut dahi. Fikiran saya terus melayang menggambarkan bentuk naga eropah. Saya menggambarkan masa itu berbentuk naga eropah. Betapa tidak out-of-the-box nya saya pada ketika itu.

Bertitik tolak dari peristiwa itu, saya cuba mencari apa bende entah.

Bapalah.. Mengantuk nak mati pula. Tadi bukan main tidak boleh tidur.

Adakah tidak dapat melelapka mata ini adalah ganguan ifrit?

Sudahlah saya tidak tidur cukup, esok pula hendak pergi kerja.


Isu kerja ini juga akan saya bincangkan kemudian walaupun isu out-of-the-box ini belum habis.

p/s: adakala aku rasa masa itu terlalu panjang kerana mengharungi sesuatu 'neraka'. Adakala aku rasa masa itu terlalu singkat kerana belum puas menikmati 'syurga'. Walaupun pada kiraan jamnya adalah sama. Kan kadangkala, kalau kawan yang kita suka bertandang ke rumah kita dalam tempoh seminggu, pada waktu ketika dia hendak pergi, kita sering berkata, "Woi, kejapnya lepak..". Berlainan pula dengan kawan yang kita tidak suka, baru seminit duduk, kita sudah terdetik, "Dia ni bila nak chow?". Begitulah tidak konstannya masa. Pada hemat saya, kayu pengukur untuk masa adalah diri masing-masing. Dan saya berharap saya tidak ada kawan yang tidak disukai. Saya harap tuhan memberikan kebolehan untuk saya supaya tidak tidak-suka kepada mana-mana makhluk. Saya harap tuhan buangkan sikap prejudis. Kalau bukan hari ini, esok, kalau bukan esok, lusa. Kerana masa depan itu sungguh misteri. Dan kita diberikan sedikit sahaja pengetahuan mengenai masa depan.


1 comments:

AdinataGus said...

Huh menarik,dalam satu post aku dah terfikir banyak benda.