"As you move on, remember me, remember us and all we used to be I've seen you cry, I've seen you smile. I've watched you sleeping for a while - ZH"
Anjing Gila
Menonton Mad Dogs pada tahun 2014 adalah sesuatu yang agak kolot mungkin. Dan dari gaya tadi mungkin sedikit 'sibuk fikir apa orang fikir tentang engkau'. Pergilah mati sama diaorang nak fikir apa pasal engkau. Kau kolot dalam dunia mereka. Tapi itu pilihan engkau sama ada hendak bersedih sepanjang hayat kerana memikirkan 'apa orang fikir tentang awak', atau kau nak gunakan masa-masa yang masih tinggal dengan seronok. Dan ingat, hidup cuma sekali (dalam bentuk jasad, mungkin.. alam akhirat memang tidak terjangkau dek akal, jadi tiada teori khusus mengatakan kita masih berjasad, atau tidak berjasad.. kalau kita golongan beriman, Tuhan sayang kita, dia berikan segalanya, jadi kau boleh pilih nak berjasad atau tak.. betul?). Menonton cerita bersiri ni memang ada sedikit kesan. Bergantung terhadap cerita yang kau pilih. Bergantung juga terhadap kenapa kau pilih..
Kadang kadang ada yang mengatakan aku perasan bagus menonton filem filem luar (british terutamanya), wannabe, et cetera. Tapi itu pilihan aku. Mungkin kalau aku ceritakan hasrat aku terhadap dunia, mungkin akan ditertawakan. Jadi aku pilih untuk tidak cerita sekarang, buat saja apa yang aku suka, jadikan realiti, berikan pada masyarakat apa yang aku mampu. Jika tiba masanya, aku keluar untuk beritahu.
Sebenarnya satu je bende dalam Mad Dogs yang aku tak suka.. Manchester United. Yang lain ok, Tokoloshe ok, Rick ok, Baxter ok, Woody ok, Quinn ok, Carmen ok, Mercedes ok, semua ok, walaupun adakala semua terlalu bernasib baik. Tapi pergi matilah, ini comedy. Black comedy.
Dan dah apahal aku tulis bende ni hari ni? Dah takda kerja sangat. Sebenarnya aku dah taknak ambil oder kad kahwin kawan-kawan lagi. Aku dah tak boleh bagi harga baik. Maaf. Aku pun nak keluar pergi gunung, pergi pantai, pergi naik keretapi, macam kau kau semua yang ada banyak masa. Maaf. Aku terpaksa buat apa yang perlu je buat masa ini. Aku mungkin berhenti kerja sekarang dalam masa terdekat.
p/s:
Makes you feel alive, don't it?
Screw you, office jobs!
Up yours, nine to five!
Kiss my ass, fascists of the world!
sebenarnya, aku pernah kena sound, "Kau ni bodoh tak pandai markup".
Aku hidup dekat dunia ni kejap, jadi takkan aku tiba-tiba nak tolong orang dekat Lemuria, sedangkan kawan aku dekat Malaysia yang minta tolong. Apa lagi aku boleh tolong untuk kawan nak kawin. Aku nak kene markup diorang? supaya diorang rasa beban nak kawin? Siapa sempat rasa aku tolong terima kasih lah pada Tuhan.
at
1:43 PM
diconteng oleh
Pert Doherty
Labels:
aktiviti hujung minggu,
cerita biasa-biasa,
learning process,
movies
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment