"As you move on, remember me, remember us and all we used to be I've seen you cry, I've seen you smile. I've watched you sleeping for a while - ZH"
Showing posts with label KARMA. Show all posts
Showing posts with label KARMA. Show all posts
Thursday, June 14, 2012

Ya Allah, Aku Terharu..



dari pagi aku dekat fakulti gigi nk ambil surat dr Dr. aku tunggu dekat 1jam semata-mata nk ambil surat.. dah dapat surat Dr. ckp aku kena ambil 3 suntikan Asid hyaluronic.. setiap suntikan bernilai rm4++ (*masih xtahu harga pasaran), bermaksud total 3 suntikan satu ribu lebih.. xtermasuk rawatan lain (*kalau ada).. lutut aku dah goyang.. sumpah kalau dlm rm500 aku dah boleh tangung sendiri.. tapi kalau dah seribu lebih aku fikir sepuluh kali nk buat operation ni.. minggu lepas dah susahkan mak abah sampai gaduh-gaduh.. lagi nk bagitahu.. aku segan dr kecik sampai besar akula anak yg paling banyak nk dikeluarkan duit.. biarla yg last ni aku tanggung sendiri.. biarla aku belajar utk hargai apa yg tuhan bagi lepas ni.. aku tahu Allah ada utk bantu aku..


kemudian bila aku letak status fb yg xda kena mengena pasal aku sakit just mention mcm mana nk cari duit pun kawan aku yang tah dari mana aku kenal dari alam maya ni yang sibuk-sibuk nk tlg aku siap buat flyer utk aku.. 2 3 org lagi siap bbm mintak no akaun padahal aku xpenah jumpa.. ya Allah Alhamdulillah, tuhan berikan aku kawan-kawan yang prihatin dengan aku.. sumpah aku terharu segan.. demi Allah kalau kos dlm rm500 aku boleh tanggung sendiri, insyaAllah.. tapi kalau satu ribu lebih aku xda nk boleh cari dlm masa 2 3 bulan ni.. operation bulan depan.. insyaAllah.. aku dah jam nk cari duit mcm mana..


lepas dia buat flyer post dekat blog, ada org mesej aku ckp nk tlg sempat lagi air jernih aku nk mengalir laju ja.. terima kasih sudi tlg aku.. bila aku bg no akaun, tanya nama dia xblas.. walau sesiapa pun anda terima kasih.. insyaAllah aku guna pertolongan yg korang bg ni ke arah kebaikkan.. insyaAllah kalau aku baca quran, pahala jugak akan dpt kat org yg tlg aku tu.. aku akan doakan korang sihat sejahtera..


aku tahu aku kena berusaha, biarlah apa org nk kata apa, apa org fikir.. aku dah malas nk fikir.. 
yang aku tahu, aku kena hargai siapa yg sudi tlg aku dengan ikhlas kerana Allah..


jgn ckp aku xberusaha, aku tunggu surat dr DR. tu sebab nk buat rayuan zakat rm500 dari uitm.. Alhamdulillah ustaz tu ckp nk tlg aku jugak.. keputusan dlm 3 minggu lagi.. maksudnya selepas aku final exam.. baru dpt tahu keputusan.. baru buat operation.. 






p/s : Alhamdulillah, dalam dunia ni sebenarnya masih ada orang yg prihatin dengan orang lain.. terima kasih.. aku harap kawan-kawan aku yg lain doakan aku murah rezeki utk kumpul duit & cepat sembuh.. dalam masa satu hari ni dah dpt kumpul rm120 dr kawan-kawan yg aku xpernah jumpa.. Alhamdulillah terima kasih.. :") *mcm mana nk buat ikon menangis sambil senyum terharu tah?


p/s : aku mcm nk jual ja bb yg brighstar ganti tu & sama beg aku yg baru beli tu.. kalau ada sesiapa nk beli.. boleh la roger aku.. terima kasih banyak kepada Pert Doherty yg susah payah buat flyer utk aku.. aku segan, terharu semua ada.. banyak sgt kau tlg aku ni..

Tuesday, May 29, 2012

oh, my jaw

kalau aku tahu dia dtg seawal ni,
aku xbeli telepon mahal-mahal,
aku xbeli beg mahal,
aku xborong baju dekat padini time sale haritu,
aku xmakan hebat-hebat,
makan roti hari-hari,
hidup sederhana,
tapi yg hebatnya aku
xtahu seawal ni.





 sebelum - x ada gap dekat rahang aku

 selepas - dah ada gap sikit lepas 2 minggu.. but its only temporary
still rasa sakit if nk makan.. tapi ada improvement xsakit mcm dulu..


ni rahang sebelah kiri yg normal


utk keadaan jadi normal.. its impossible.. tapi the best way kalau xnak buat operation tu selalu.. aku kena beli fluid utk letak diantara rahang aku dengan tulang.. cost about rm5++ (dr xsemak lagi harga pasaran skrg) utk fluid shj xtermasuk treatment lain lagi *kalau ada.. aku xingat apa nama fluid tu.. tapi fluid tu yg ada dekat semua sendi manusia.. ( tu pun dr kena check sama ada fluid tu ada tindak balas dengan kimo or dak )...


secara kasarnya, dr ckp ada sumthing yg tumbuh dekat rahang tu, dan maybe sebab ketumbuhan tu yg buat rahang aku jam, might be sebab aku pernah buat kimoterapi dulu ketumbuhan tu tumbuh tapi xmembahayakan kot, dan aku mmg kena jaga gusi dan gigi aku dengan cermatnya.. dr takut ada effect lagi dekat gigi..


kesimpulannya, effect kimoterapi tak dapat dijangka..




***********************************




semlm nurse call ckp aku ada appointment dgn dr, "ok sy gerak skrg nurse.." lepas jumpa dr.. kesimpulan yg dr bg adalah seperti di atas.. 


aku xckp lagi dekat mak or abah.. secara jujurnya semalam aku nagis dengan teruk.. rasa diri ni menyusahkan parent aku.. start umur 2 thn aku dah cancer hati (hepatoblastoma), lepas tu 3 kali patah kaki.. semua tu aku kena masuk hospital, lepas tu ada rawatan susulan utk MIR la, x-ray satu badan, cucuk darah sana sini mcm tikus makmal.. semua tu perlukan duit.. skrg dah umur 2+ nk menyusahkan lagi..? aku rasa sedih.. ada rasa sedikit looser.. jadi aku decide aku nk tanggung kos ni sendiri.. xpyh bgtaw mak dengan abah pun x apa kot.. lagipun abah skrg ada masalah keewangan yg teruk.. so aku kena start menabung lagi.. duit nk g bandung tu maybe boleh guna dulu.. bzness kena usaha lebih lagi ( kunci rezeki solat Dhuha ).. owh aku ambik short sem semester ni.. hurm maybe aku kena cancel.. nk try jugak apply zakat uitm (*err boleh ka? )..


maybe kawan-kawan aku yg jadi engineer, pak guard, pegawai bank, cikgu dan pembaca blog aku sudi nk tlg aku sikit-sikit.. ihihihi.. insyaAllah kalau hampa tlg aku, Allah tlg hampa balik.. beside kalau aku baca al-Quran or surah-surah, insyaAllah hampa dpt pahala sekali..time ni la nk kumpoi pahala.. hihihi.. tapi kalau doakan aku sembuh dan tabah pun.. tu pun dah cukup baik.. kawan-kawan aku tlg la jaga kesihatan anda baik-baik.. mintak Allah sihatkan kamu-kamu semua.. aku rasa sedih nanti kalau hampa sakit jugak..




p/s : sekarang kau tahu, kenapa aku suruh kau blah dulu.. sebab aku tahu kemungkinan yg akan berlaku..



kerana mulut banyak perkara,
banyak angkara,
banyak dosa,
hampir zinanya,

kini aku mengerti apa ertinya
terima kasih yg maha penguasa
mengajar aku ertinya
terima diriku apa adanya
hilanglah satu nikmat di dunia
moga kasihMu berkekalan akhirnya

InsyaAllah,Alhamdulillah...












Saturday, October 15, 2011

Karma part 2

"Ok, sekarang yang gua nampak lu kusut.. lu tau kenapa jadi macam ni sedang lu takde apa pun salah.. dari apa yang gua dengar la.", gua buka mulut lagi. Lebih teratur dan lebih tersusun bicara gua. Nampak lebih abang-abang.

"Ntah la, gua dah buat macam macam untuk makwe gua.. Dah hampir perfect, tapi apasal dia boleh tak nampak?", Sapran defen diri dia. Stail mintak simpati gua.

Gua mula nyala rokok.

"Ran kau rasa kau sentiasa buat baik ke kat 'makwe' kau yang satu tu?", sambil jari gua tuding ke langit. Siaran gusti tadi dah habis. Sampai dah masuk berita jam dua belas.

Sapran mendongak ke langit sebentar. Terkebil-kebil matanya. Gua hirup sedikit kopi yang dah mula sejuk. Gua kalau dalam hal-hal begini gua ada etika. Gua takkan habiskan minuman sampai habis topik perbincangan. Apa orang nak kata-kata la. Gua kekal macam ni dan tak menyusahkan orang.

Sapran menengok gua pula.

"Emm.. gua bukan la macam wali ke nabi ke.. gua still ada buat salah...", ujar Sapran sambil menunduk.

"Takpe, gua pun macam lu, tak baik mana... tapi mencuba tu paling perlu.. tanam niat dulu.. baru menjadik..", gua pantas potong. Sapran macam terkulat-kulat. Biasa la, orang tengah naik syeh bercerita kena potong.

"Lu amik je la benda ari ini berlaku sebagai timbal balik perbuatan lu terhadap tuhan.. dan sentiasa percaya yang perbuatan makwe lu tu datang dari tuhan. Tuhan yang susun makwe lu akan buat hal dan lu akan tengking.", gua macam atas mimbar pula. Panjang lebar. Entah Sapran mendengar ke tidak gua tak tahu.

"Tapi...", Sapran bersuara. Air tehnya dari tadi sudah dihabiskan. Lahap betul.

Gua ngkat kening sedikit tanda bertanya 'tapi apa?'.

"Gua bukan taknak terima hakikat....


bersambung




p/s: nyawa gua bukan milik gua


Thursday, October 6, 2011

Karma

Ada satu kawan mengadu pada gua.

"Tadi puas hati gua dapat tengking makwe gua", kawan gua berseloroh.

"Pasal apa pulak tengking?", gua masi tercari-cari isi penting cerita kawan gua.

"Makwe gua marah gua atas sebab yang gua tak boleh terima", dia mula bercerita pada gua. Kami dekat kedai makan. Warung. Lengang. Kami berdua saja pelanggan yang ada. Televisyen masa tu tayang siaran gusti.

"Dia marah pasal apa?", gua tanya balik.

"Pasal benda lama-lama, dia ungkit tadi.", kawan gua menarik nafas panjang.

Gua tekun mendengar. Kawan gua terus bercerita.

Lama juga. Ada dekat sejam bercerita hal dia sudah hilang sabar dengan kerenah makwe.

Gua sampai tak rasa nak merokok pasal sibuk dengar "Kisah Lepas Geram" kawan gua.

Akhirnya dia berenti.

"Takpe la Ran", gua cakap. Nama kawan gua Sapran. "Camni la.. Gua kesian tengok lu macam ni", gua diam sekejap. Tarik nafas dalam. "Gua sekarang tak boleh bagi pendapat lebih-lebih.. kang nanti kata gua hasut. Cuma ga akan support apa yang lu buat. Kalau lu rasa nak kejar. Kejar. Kalau lu rasa sekarang nak diam. Diam", gua sambung panjang.

"Tu la. Tapi sekarang gua dah tak boleh lagi la nak kejar ke hape", kawan gua tu jawab.

"Gua cakap camni la. Makwe lu tu siapa yang gerakkan diri dia?", gua tanya pada Sapran.

"Emm.. Tuhan", Sapran jawab pendek.

"Ok, sekarang yang gua nampak......

bersambung

p/s: nanti ah gua sambung